REMUK...keadaan motosikal mangsa
Inalillahi wainailaihi rojiun
TANAH MERAH: Seorang pekerja kampung sempat melaungkan azan dan solat Maghrib serta Isyak berjemaah sebelum maut ketika dalam perjalanan pulang selepas itu akibat nahas membabitkan dua motosikal di kampung Renab, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, Mohamad Nordin Kasim, 55, dalam perjalanan pulang dari madrasah berhampiran apabila motosikal Suzuki RC ditunggangnya bertembung dengan motosikal ditunggang seorang pemuda, dikenali sebagai Mohd Faizal Yusof, 22, dari arah bertentangan.
Mohamad Nordin meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jeli akibat parah di kepala dan badan, manakala Mohd Faizal patah paha dan dirawat di Hospital Tanah Merah. Jenazahnya di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Bunga, di sini, semalam.
Isteri Mohamad Nordin, Azizah Hassan, 50, berkata, sebelum kejadian, suaminya keluar awal untuk solat Maghrib dan Isyak di madrasah yang terletak 100 meter dari rumah.
Menurut Azizah, suaminya yang periang, tetapi sejak seminggu sebelum kejadian kerap bercerita mengenai kematian.
“Arwah juga sering mengerjakan solat sunat ketika di rumah.
“Saya reda dengan apa yang berlaku, namun terkilan kerana arwah tidak sempat bertemu lima anaknya di rumah selepas keluar menunaikan solat Maghrib dan Isyak pada malam kejadian,” katanya.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abd Aziz Mahmud mengesahkan menerima laporan kejadian.
Sumber: myMetro
No comments:
Post a Comment