BUKIT CHANDAN – Bagi mengelak dan mengurangkan kejadian kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di laluan Kuala Kangsar menuju ke Gerik, pihak berkuasa kini menjalankan kerja penjuru teraan atau penstrukturan semula.
Berdasarkan rekod, laluan berkenaan termasuk di sekitar Sauk mencatat rekod kemalangan jalan raya dan kemalangan maut yang tinggi termasuk mengorbankan empat sekeluarga, semalam.
Exco Negeri Perak, Datuk Ramly Zahari berkata, penjuru teraan semula bagi laluan itu sudah bermula awal tahun 2011 dan dijangkakan menelan kos sebanyak RM25 juta.
Menurutnya, sama ada orang tempatan atau orang luar tidak biasa dengan keadaan jalan berkenaan dan sering menimbulkan kecuaian.
“Jalan ini sudah dibina sejak 10 tahun lalu dan pada awal pembinaannya ia adalah jalan awam serta jaraknya kira-kira 200 kilometer.
“Jadi pihak berkuasa memandang serius kejadian kemalangan dan kemalangan maut yang sering berlaku di laluan berkenaan serta menaik taraf mengikut kesesuaian,” katanya kepada pemberita ketika menziarahi keluarga mangsa kemalangan di Taman Sultan Yusof, di sini, semalam.
Majlis pengebumian empat sekeluarga di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kenas, Kuala Kangsar. Allahyarham Zenodin@Zainuddin Abas dan isteri, Azizah Mahmood, masing-masing berusia 69 tahun; anak perempuan mereka, Zalinda, 33, serta cucu yang juga anak Zalinda, Aishah Suffian Afendi, 7, diturunkan ke dalam liang.
Beliau berkata, selain penjuru teraan semula jalan, orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati ketika menggunakan laluan itu.
“Kita berusaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di sepanjang laluan terutama lokasi kemalangan termasuk perubahan simpang, tambahan lampu isyarat atau pemasangan lampu di kawasan gelap dan bersesuaian.
“Diharapkan dengan langkah itu dapat mengurangkan kejadian dan risiko kemalangan,” katanya.
Tahun 2010, Dua kereta bertembung di Kilometer 42.7 Jalan Kuala Kangsar-Grik dekat Kampung Lahar. Mereka yang meninggal dunia ialah Mariah Ahmad, 61; anaknya, Abdul Lajis Zakaria, 42 dan Mohd Mukmin, 4, yang juga cucunya.
Dan terbaru pasangan pesara guru, Zenodin@Zainuddin Abas dan isteri, Azizah Mahmood, masing-masing berusia 69 tahun; anak perempuan mereka, Zalinda, 33, serta cucu yang juga anak Zalinda, Aishah Suffian Afendi, 7 di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Gerik.
No comments:
Post a Comment