loading...
Thursday, June 28, 2012
Terbabas dirempuh Toyota Hilux
ALOR GAJAH - Dua beradik menghadapi saat mencemaskan apabila kereta dinaiki mereka terbabas dirempuh sebuah pacuan empat roda dan hampir terhumban ke dalam sebuah sungai, awalpagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira 12.30 pagi itu di Sungai Kertah, Pengkalan Balak, berdekatan Kompleks Perahu Layar Hang Jebat.
Kereta jenis Toyota Estima dinaiki mangsa dirempuh sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.Mangsa, Ayob Mohamad, 42, berkata, dia bersama abangnya, Roslan Abu, 46, dari arah Kuala Sungai Baru menuju ke Pengkalan Balak, sebelum dirempuh Toyota Hilux yang hilang kawalan datang dari arah bertentangan.
“Kami lihat Toyota Hilux berkenaan dipandu dalam keadaan terhoyong-hayang. Saya tidak dapat mengelak dari terus bertembung.
"Akibat pertembungan kuat itu, kereta kami hampir terhumban ke dalam sungai, namun bernasib baik kerana tayar hadapan kereta tersangkut pada tebing pembentung," katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian.
Menurut Roslan, sebelum kejadian, dia bersama adiknya itu dalam perjalanan pulang ke rumah seorang saudaranya di Pengkalan Balak selepas selesai memancing di pantai Sungai Tuang.
Difahamkan, Toyota Hilux itu dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/cemas-kereta-hampir-terhumban-dalam-sungai-1.61602
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment