loading...
Friday, June 29, 2012
Rempuh Tiang Elektrik
ALOR GAJAH - Seorang pemandu lori lima tan muatan benang anyaman nyaris maut selepas lorinya merempuh dua tiang elektrik dan tembok pagar rumah penduduk di Jalan Kampung Melaka Pindah, dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, pemandu lori, Atan Mohamad, 44, difahamkan dari arah Tangkak, Johor menghantar bekalan benang anyaman ke sebuah tempat di Shah Alam.
Difahamkan, Atan yang memandu lori melalui jalan lama Tangkak-Ayer Keroh-Durian Tunggal menghala ke Alor Gajah itu hilang kawalan sebelum merempuh lori satu tan yang membelok ke kiri jalan.
Menurutnya, ketika memandu di jalan berbukit di Kampung Melaka Pindah berhampiran Bulatan Pengkalan, dekat sini, lorinya hilang kawalan sebelum merempuh lori satu tan yang dipandu Shukor Rasul, 27.
"Akibat rempuhan itu, lori saya hilang kawalan namun sempat mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan sebelum melanggar dua tiang elektrik di kanan jalan,” katanya.
Dia yang bernasib baik tidak tertusuk tiang elektrik yang patah dua keluar sendiri melalui pintu sebelah pemandu tanpa sebarang kecederaan.
"Akibat pelanggaran itu, sebuah lori rosak, dua tiang elektrik putus dua, sebatang pokok tumbang manakala pagar batu rumah penduduk musnah dirempuh.
"Namun saya bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku," katanya yang membuat laporan di Cawangan Trafik Daerah Alor Gajah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan terbabit.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/dua-tiang-elektrik-patah-dirempuh-lori-1.62276
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment