loading...

Saturday, June 30, 2012

2 beradik maut di Danau Toba, Indonesia



KUALA LUMPUR: Dua beradik rakyat Malaysia antara lapan yang terkorban dalam kemalangan apabila bas mini mereka naiki ketika dalam perjalanan pulang ke Medan dari Mandailing Natal, Sumatera Utara, Indonesia, jatuh ke gaung sedalam 150 meter di tepi Danau Toba, pagi kelmarin.



Inalillahi wainailaihi rojiun 

Mangsa Zaidun Basir, 68, yang menetap di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur dan adiknya Zulkifli Mohd Basir, 64, dari Johor Bahru, dikatakan berkunjung ke Mendailing, untuk mencari dan menziarah anggota keluarga di sana bagi mengumpul maklumat salasilah keluarga mereka.


Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Nor Azhar Hajis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan (6 pagi di Malaysia), ketika kedua-duanya menaiki bas mini bersama sembilan lagi penumpang lain, dalam perjalanan ke Medan.

Menurutnya, laporan diterima daripada pihak berkuasa Simalungun yang menyiasat kejadian itu mengatakan sebelum kemalangan, penumpang dan pemandu bas berhenti rehat di Balige untuk menonton perlawanan separuh akhir Euro 2012 antara Sepanyol dengan Portugal.


“Hasil siasatan awal mendapati, sebaik selesai perlawanan bola sepak itu, mereka meneruskan perjalanan, namun bas mini dipercayai dipandu laju hilang kawalan ketika mengambil satu selekoh di Batu Gantung, sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung.


“Kedua-dua warga Malaysia dan enam yang lain termasuk pemandu maut dalam kemalangan itu, manakala empat lagi penumpang cedera,” katanya ketika dihubungi semalam.

Nor Azhar berkata, dua beradik itu berkunjung ke Mandailing bagi mencari dan menziarah sanak saudara mereka di sana, serta dijadualkan pulang ke tanah air menaiki pesawat dari Medan pada hari kejadian berlaku.

Katanya, keluarga mangsa di tanah air turut dimaklumkan mengenai kemalangan maut itu dan dua wakil keluarga iaitu anak lelaki mangsa tiba ke Medan pagi semalam bagi menuntut dan membawa pulang jenazah.

“Jenazah kedua-dua mangsa dibawa pulang ke tanah air oleh anak mereka menaiki pesawat MAS kira-kira jam 7 malam waktu tempatan,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/2beradikmautnahasdiMedan/Article/index_html
hariansumutpos.com/2012/06/36890/minibus-terjun-ke-danau-toba-8-tewas.html
news.okezone.com/read/2012/06/29/340/655846/adik-kakak-selamat-karena-nyangkut-di-pohon
gobatak.com/kecelakaan-maut-mini-bus-terjun-ke-danau-toba/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my