loading...
Thursday, June 28, 2012
Bukan tertidur atau mabuk
KOTA DAMANSARA – Seorang pemandu lori nyaris maut selepas lori dipandunya terbabas dan terbalik dalam kejadian di Jalan Persiaran Kenangan, petang semalam.
Mangsa S.Chandran, 41, yang dalam perjalanan menghantar barang elektrik dari Kota Damansara menuju ke Pusat Bandar Petaling Jaya cuba mengelak daripada melanggar sebuah motosikal yang berhenti secara tiba-tiba di lorong kanan.
Saya mahu elak motosikal itu menyebabkan saya memusing ke kanan lalu melanggar pokok dan pembahagi jalan sebelum lori terbalik,” katanya.
Menurutnya, dia dikeluarkan dari lori oleh pengguna jalan raya yang kebetulan melalui jalan itu sementara menanti kehadiran polis. “Saya kesal kerana penunggang motosikal itu berlalu begitu sahaja selepas melihat lori saya terbalik ,”katanya.
Dia yang hanya mengalami cedera ringan menafikan tertidur atau mabuk ketika kejadian. “Ini pertama kali saya terlibat dalam kemalangan sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seperti ini,” katanya yang berpengalaman selama 20 tahun memandu lori.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan namun berjaya dikawal oleh polis yang tiba 10 minit kemudian di lokasi kejadian.
Susulan insiden tersebut, satu laporan dibuat di Balai Polis Kota Damansara.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kemalangan-pemandu-nafi-mabuk-1.61630
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment