loading...

Thursday, June 21, 2012

Ibu Mengandung Nyaris Maut



KUANTAN - Seorang bakal bapa hanya mampu bersyukur selepas isterinya yang sedang sarat mengandung lapan bulan selamat dalam satu kemalangan di Jalan Pintasan-Pelabuhan Kuantan, dekat Damansara, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu, kereta Proton Satria Neo yang dipandu mangsa berusia 28 tahun itu dikatakan berpusing beberapa kali sebelum terbabas yang menyebabkan kereta dipandunya terpelanting ke seberang jalan dan remuk

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Damansara selepas keluar membeli makanan di bandar.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali Mohd, 30 itu mengakui berdebar selepas melihat keadaan kereta yang dipandu isterinya yang hanya dikenali Farah remuk di lokasi kejadian.

“Berdegup jantung melihatnya, namun syukur kerana isteri yang mengandung anak sulung kami selamat selama bersama kandungannya,”katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Menurutnya, dia mendapat tahu kejadian itu selepas dihubungi orang awam sebelum bergegas ke lokasi.

“Ketika itu saya berada di bandar menyelesaikan satu urusan namun apabila tiba di tempat kejadian saya mencari isteri namun dia tiada di  situ.

“Berderau darah bila melihatkan keadaan kereta namun saya tidak tahu bagaimana keadaan isteri kerana dimaklumkan dia sudah dibawa ambulans ke HTAA di sini,” katanya.

Menurutnya, isterinya mengadu sakit belakang selain cedera ringan pada kaki kanannya selain turut memaklumkan setakat ini kandungannya juga tidak terjejas.

Katanya, isterinya kini mengalami trauma akibat kejadian itu namun keadaannya stabil dan masih dirawat di HTAA.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/ibu-hamil-nyaris-maut-1.58744

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my