loading...

Saturday, June 23, 2012

Hancur dilenyek lori balak



Inalillahi wainailaihi rojiun   

IPOH - “Kelakuan arwah pada pagi ini (semalam) agak pelik kerana dia tidak henti-henti berulang alik dari rumah ke gerai buah-buahan miliknya tanpa sebab yang munasabah.

“Namun saya tidak menyangka itu adalah kali terakhir saya menatap wajah arwah yang sudah pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya,” luah Yoon Mohd Saba, 65, isteri kepada Idris Othman, 58, yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori muatan balak di Jalan Panglima Bukit Gantang, semalam.

Menurut Yoon, pada kebiasaan, suaminya hanya akan pulang pada waktu petang selepas habis berniaga buah-buahan berhampiran rumah mereka, namun semalam, dia tidak semena-mena kerap pulang ke rumah beberapa kali.

Katanya, selepas suaminya menamatkan perkhidmatan sebagai Pekerja Am Rendah di Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh suaminya membuka gerai menjual buah-buahan berhampiran rumah mereka di Kampung Seri Murni, Pasir  Putih di sini.

“Saya hanya mendapat maklumat mengenai kemalangan tersebut selepas seorang anggota polis datang ke rumah dan memberitahu mengenai berita sedih itu,” katanya yang segera menghubungi anaknya dan bergegas ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Jenazah Idris dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Seri Murni, Pasir Putih dan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih selepas solat Asar semalam.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superitendan Wan Sharudddin Wan Omar berkata, dalam kejadian jam 12.38 tengah hari itu, mangsa yang menunggang seorang diri dipercayai  uba untuk memotong lori tersebut yang datang dari arah sama di Jalan Panglima Bukit Gantang. Menurutnya, motosikal yang ditunggangi mangsa bergesel dengan lori berkenaan sehingga menyebabkan ia melanggar tembok  penghadang jalan.

“Akibatnya, mangsa telah terpelanting dan di gilis lori berkenaan,” katanya. Katanya, mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan mayatnya di bawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk  ibedah siasat. “Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan percakapan pemandu lori berusia 45 tahun juga dibuat,” katanya.


Isteri tergamam suami hancur dilenyek lori

“Saya tergamam sebaik dimaklumkan sebahagian tubuh arwah suami hancur dilenyek lori balak selepas kemalangan itu,” kata Yoon Mohd Sabar, 65, isteri kepada arwah Idris Othman, 58, yang maut digilis serta diseret lori balak, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab itu, motosikal dinaiki Idris bergesel dengan lori berkenaan sebelum hilang kawalan dan terpelanting ke bawah lori.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Seri Murni, Pasir Puteh, di sini, menuju ke bandar raya Ipoh untuk membayar bil utiliti dan pinjaman kereta.

Kejadian ngeri berhampiran Perpustakaan Tun Razak itu menyebabkan mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian selepas diseret sejauh lima meter di lokasi kejadian.


Yoon berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan jirannya jam 1 tengah hari.


“Arwah baru saja menamatkan perkhidmatan sebagai pekerja am rendah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Hulu Kinta pada Februari lalu sebelum menguruskan gerai menjual buah di pekan Pasir Puteh,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, petang semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, mangsa cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan sebelum dibawa ke HRPB untuk bedah siasat.


Katanya, mangsa dipercayai cuba memotong lori itu sebelum bergesel dengan kenderaan itu menyebabkannya tercampak ke bawah lori.

“Kemalangan menyebabkan kesesakan teruk terutama bagi orang awam yang mahu menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kami turut merekodkan percakapan pemandu lori berusia 45 tahun itu bagi siasatan lanjut,” katanya.



Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/kemalangan-maut-digilis-lori-balak-1.59708
hmetro.com.my/articles/2012062305474120120623054741/Article

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my