loading...
Sunday, February 19, 2012
Tentera Maut Kemalangan
Inalillahi wainailaihi rojiun
REMBAU – Seorang anggota tentera yang bertugas di Rejimen ke-4 Artileri Diraja, Kem Sikamat, Seremban, maut apabila motosikal yang ditungganginya jenis Honda Wave terbabit dalam kemalangan di kilometer 230.9, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira, 8.30 malam itu, mangsa, Khairulddin Abdullah, 29, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala susulan sebahagian daripadanya pecah.
Manakala, seorang lagi mangsa, Mohd Zulhilmi Mohd Zain, 23, dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban selepas dipercayai motosikal yang dinaiki bergesel antara satu sama lain dalam kejadian berkenaan.
Menurut ibu Khairulddin, Habibah Idris, 59, dia berjumpa dengan anaknya pada pagi hari arwah mengalami kemalangan yang mana ketika itu arwah sedang mengecat kediamannya mereka di Taman Pangkalan Indah, Alor Gajah Melaka.
“Anak bongsu saya ini tidak menunjukkan sebarang perubahan sebagai petanda dia akan meninggalkan kami. Namun, saya sangat bersedih kerana persiapan perkahwinan arwah bulan Jun ini sudah siap sepenuhnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), semalam.
Manakala, bagi Pegawai Memerintah Rejimen ke-4 Artileri Diraja, Kem Sikamat, Seremban, Leftenen Kolonel, Majdi Kamaruddin berkata, arwah sudah berkhidmat lebih tiga tahun dengannya sebagai pemandu.
Menurutnya, arwah seorang yang sangat baik, pendiam, sangat menghormati individu lain dan rajin lebih-lebih lagi arwah sudah berkhidmat agak lama dalam bidang ketenteraan iaitu lebih lapan tahun.
“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara, namun pada minggu lepas, arwah kelihatan seolah-olah mengelamun dalam perjalanan ke Kem Sungai Besi sehingga menyebabkan dia terlepas kem berkenaan.
“Susulan insiden ini, lebih 100 anggota tentera dari pelbagai peringkat pangkat dan pegawai tentera memberikan penghormatan terakhir kepada arwah dari awal lagi sehingga dikebumikan.
Sementara itu, Jurucakap Polis berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila salah sebuah motosikal yang terlibat bergesel antara satu sama lain.
Menurutnya, mangsa yang maut di lokasi kejadian dipercayai telah melanggar besi pengadang jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, manakala seorang lagi penunggang di kejarkan ke HTJ.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan. Sehubungan itu, orang awam yang melihat kejadian berkenaan diharap dapat menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan di talian 06-6852222. Mayat mangsa dihantar ke HT untuk dibedah siasat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tentera-maut-kemalangan-1.25085
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment