loading...

Sunday, February 19, 2012

Jurutera Maut Setelah Menghantar Ibu



Inalillahi wainailaihi rojiun     

PONTIAN – Seorang jurutera sebuah kilang di sini, maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Jalan Johor Bahru - Pontian, kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Kampung Pengkalan Raja Pekan Nenas, pagi semalam.

Mangsa, Rozaimah Mohd Badawi, 24, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Toyota SE yang dipandunya bertembung dengan sebuah Proton Wira yang datang dari arah bertentangan.

Ibu mangsa, Rosnah Bedu, 47, berkata, sebelum kejadian, Rozaimah dalam perjalanan pulang ke tempat kerja selepas menghantarnya mengambil wang BR1M di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.

“Saya terkejut menerima berita kemalangan yang menimpa arwah. Masih terbayang arwah menghantar saya mengambil wang BR1M sebanyak RM500,” katanya kepada Sinar Harian di pekarangan rumah mayat, Hospital Pontian, semalam.

Menurutnya, Rozaimah baru sahaja bekerja selama lapan bulan sebagai jurutera di kilang berkenaan setelah tamat pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Manakala, pemandu Proton Wira, seorang lelaki berumur lingkungan 30-an hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Pontian sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba Pekan Nenas, Mohd Yazed Othman berkata, bumbung kereta mangsa terpaksa dipotong dengan menggunakan alat pemotong hidraulik.

Menurutnya, enam anggota mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

Bagaimanapun, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kemalangan berkenaan.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/jurutera-maut-dalam-nahas-1.25093

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my