loading...
Thursday, October 17, 2013
Digilis ketika bantu mangsa nahas
Inalillahi wainailaihi rojiun
17 Oktober 2013
BAGAN SERAI - Niat murni tiga individu untuk membantu seorang pemandu bas ekspres yang tersepit akibat kemalangan berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka dirempuh sebuah kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 190.7 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, di sini awal pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dua kemalangan yang berlaku pada kira-kira jam 5.15 pagi itu melibatkan bas ekspres dan treler.
Menurutnya, kemalangan pertama berlaku setelah bas ekspres melanggar belakang treler terbabit ketika ingin memotong sebuah kenderaan di laluan laju.
Katanya, kesan rempuhan itu, pemandu bas berkenaan, Habdul Ghani Jantan, 46, tersepit dan cedera parah di bahagian kaki kirinya.
Mat Fauzi berkata, menyedari kemalangan itu, dua pemandu bas ekspres lain dan seorang pemandu lori cuba membantu mengeluarkan mangsa.
“Bagaimanapun, sebuah kereta Nissan Grand Livina merempuh mereka yang ketika itu berada di lorong laju.
“Dua mangsa tercampak ke bahagian kiri jalan, manakala seorang lagi tercampak ke lorong laju dari arah bertentangan sebelum digilis beberapa kenderaan lain,” katanya.
Mangsa yang merupakan pemandu bas ekspres yang berasal dari Pokok Sena, Kedah, Mat Dan Mat, 61, maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah.
Mayat mangsa dihantar dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.
Mat Fauzi berkata, tujuh penumpang bas yang cedera ringan diberikan rawatan sebagai pesakit luar.
Sementara itu, isteri Mat Dan, Zurina Ismail, 45, berkata, tiga hari sebelum kejadian, dia sempat berjumpa suaminya sebelum arwah mula bekerja.
“Saya sempat meminta izin untuk pergi bekerja dan sewaktu tiba di tempat kerja, saya hubungi telefon bimbitnya dan sempat berbual panjang. Tak sangka itu perbualan terakhir kami” katanya.
Sementara itu, pemandu treler, M Kunalan, 52, berkata, dia dalam perjalanan menghantar barang ke sebuah kilang di Seberang Perai, Pulau Pinang sebelum lori dipandunya dirempuh dari belakang.
“Saya menghentikan kenderaan 50 meter dari lokasi kejadian dan turun melihat apa yang berlaku. Saya terkejut melihat sebuah bas ekspres remuk,
“Saya bergegas membantu mangsa terlibat, namun tergamam melihat tiga mangsa yang cuba membantu pemandu lori yang tersepit tercampak dirempuh sebuah kereta,” katanya.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/niat-murni-bawa-padah-1.211938
kosmo.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment