loading...

Tuesday, July 17, 2012

Maut Ketika Lihat Kemalangan


Inalillahi wainailaihi rojiun     

BENTONG – Seorang lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 54.4 Lebuh raya Karak-Kuala Lumpur kira-kira jam 4.40 petang, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, Ramli Mat Taha, 55, dari Kampung Tanjung Lalang, Temerloh dipercayai memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan sebelum berjalan untuk melihat dari jauh kemalangan yang berlaku di seberang jalan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika mangsa ingin kembali ke kenderaannya, dia dipercayai dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Menurutnya, kereta itu dipercayai dipandu laju dan terbabas sebelum melanggar mangsa yang pada masa itu berada di lorong kecemasan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mayat mangsa kemudian di bawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Arwah kelihatan tergesa-gesa

Sementara itu, Rakan mangsa Mustafar Yaakob, berkata, dia bertolak ke Kuala Lumpur bersama arwah untuk urusan perniagaan kereta kira-kira jam empat petang semalam.

“Dia mengajak saya ke Kuala Lumpur petang semalam, saya minta izin untuk tukar pakaian tetapi dia cakap tak perlu kerana katanya sudah ada orang tunggu.

“Masa itu saya perasan arwah sedikit kelam kabut dan tidak seperti biasa,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di masjid Kampung Batu Satu, Temerloh, semalam.

Mustafar berkata, dia bertolak ke Kuala Lumpur petang semalam dan dalam perjalanan ketika sampai di Bentong mereka melihat satu kemalangan berlaku di arah bertentangan.

“Arwah minta saya memberhentikan kereta kerana katanya mahu melihat kemalangan itu yang disangkanya membabitkan anak lelakinya.

“Arwah cakap kereta itu macam kereta anaknya, dia turun dari kereta berjalan kaki kira-kira 50 meter ke belakang di lorong kecemasan dan berpatah balik ke kereta beberapa minit selepas itu.

“Masa arwah patah balik saya lihat dia dari cermin sisi dan pada masa itulah tiba-tiba sebuah kereta mewah yang dipandu laju terbabas di lorong kecemasan lalu merempuh arwah dari belakang,” katanya.

Mustafar berkata, dia keluar dari kenderaan dan lihat arwah sudah tidak bernyawa, yang menjadikan dirinya semakin marah apabila mendapat tahu kenderaan yang merempuh arwah dipandu laju kerana berlumba.

Mustafar berkata, dia dimaklumkan beberapa petugas lebuh raya dan orang ramai di situ, beberapa kereta mewah dipercayai sedang berlumba sebelum salah sebuah darinya merempuh sebuah kereta lain dan terbabas ke lorong kecemasan lalu merempuh rakannya itu.

Sementara itu kakak mangsa, Aminah Mat Taha ketika ditemui berkata, jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Chengal selepas Zohor semalam.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/maut-lihat-kemalangan-1.67569

1 comment:

  1. saya kenal dengan simati.maaf jika kata kata saya kasar..dialah yang telah menghancurkan rumahtangga saya..saya tak akan maafkan dia selamanya.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my