loading...

Thursday, July 19, 2012

Maut Dilanggar Helux dan Alza


Inalillahi wainailaihi rojiun  

JENGKA - Seorang remaja maut apabila skuter yang ditunggangnya terbabas dan seterusnya dilanggar dua kenderaan jenis Helux dan Perodua Alza di KM 53 Jalan Temerloh-Bandar Jengka- Jerantut sekitar jam 6.45 petang kelmarin.

Remaja terbabit, Mohammad Syazwan Amin Sobri, 16, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya yang terletak di Taman Perumahan Permatang Shahbandar menuju ke Felda Jengka 11 untuk bermain futsal.

Pemangku Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, Asisten Superintendan Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian terbabit dan mangsa dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

“Skuter yang ditunggang mangsa dipercayai terlanggar belakang kereta Avanza di hadapannya yang dikatakan menekan brek secara mengejut bagi mengelak penunggang basikal di hadapan.

“Disebabkan pelanggaran itu, mangsa dipercayai tercampak ke sebelah kanan jalan dan dilanggar dua kenderaan iaitu Helux, kemudian Alza yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Saksi kejadian iaitu penumpang Perodua Alza, Khairul Haizam Khamis, 22, berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan rakannya yang memandu ketika itu gagal mengelak mangsa.

“Rakan saya yang memandu di belakang Helux ketika itu tidak sempat mengelak mangsa yang dilanggar Helux terlebih dahulu.

“Selepas kejadian, kami memberhentikan kereta namun kedua-dua pemandu Helux dan Avanza meninggalkan tempat kejadian, namun kami sempat mendapatkan nombor plat Helux terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, Sinar Harian difahamkan, kedua-kedua pemandu Helux dan Avanza terbabit membuat laporan di balai polis berdekatan semalam.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/remaja-maut-dirempuh-hilux-alza-1.68080

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my