loading...

Thursday, July 19, 2012

Akibat pecah tayar

KUANTAN- Seorang pemandu lori sebuah syarikat jualan langsung terbunuh selepas lori yang dipandunya terbalik akibat pecah tayar sebelum dirempuh sebuah kereta di Kilometer 16, Jalan Jerantut - Temerloh dekat Jerantut pagi kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 11.45 pagi itu, pemandu lori jenis Isuzu, R Pathmeshnadu, 23  dari Jalan Desa Ria, Bandar Country Home, Rawang mengalami kecederaan parah di kepada dah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jerantut.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohd Rizal Abdullah berkata, pemandu kereta jenis Perodua kancil, Abdul Wahab Ibrahim, 70 bersama seorang penumpang, Salmah Ahmad, 69 turut mengalami kecederaan dan dihantar menerima rawatan di hospital sama.

Menurutnya, lori dipandu mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Jerantut membawa muatan produk pakaian.

“Ketika sampai di lokasi nahas, tayar depan sebelah kiri lori terbabit pecah menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbalik dan menggelongsor beberapa meter memasuki laluan bertentangan.

“Manakala kereta yang dipandu Abdul Wahab dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh bahagian depan lori,” katanya ketika ditemui di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Mohd Rizal berkata, akibat pelanggaran itu, kereta Kancil yang terlibat terbabas masuk ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jerantut untuk menerima rawatan bagaimanapun Pathmeshnadu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

“Manakala pemandu dan penumpang kereta mengalami kecederaan di pergelangan tangan serta rusuk,” katanya.

Beliau berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan bagaimanapun tidak menolak kejadian ekoran kegagalan pemandu lori mengawal kenderaannya selepas  tayar pecah.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/pemandu-lori-maut-1.68103

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my