loading...
Monday, July 30, 2012
Gara-gara mengelak anjing
BATANG KALI - Gara-gara mengelak anjing, seorang bekas pengurus sebuah pasar raya nyaris maut apabila kereta dinaiki terbabas lalu merempuh besi pengadang jalan sebelum terbakar.
Low Kim Song, 50, yang mengalami cedera di mulut akibat hentakan pada stereng sempat keluar dari kereta jenis Ford sebelum kenderaannya itu rentung.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12 pagi semalam di persimpangan Batu 30 - Hulu Yam Lama di sini.
“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan pulang dari makan di Ligamas (Bandar Utama Batang Kali) hendak balik ke rumah.
“Selepas lalu simpang itu, saya ternampak anjing melintas dan cuba mengelak lalu terlanggar besi pengadang.
"Kemudian saya lihat api serta asap keluar dari bahagian enjin kereta dan cepet keluar kereta untuk selamatkan diri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, kerosakan dan kebocoran pada enjin menyebabkan keretanya terbakar.
Kim Song berkata, rumahnya hanya beberapa meter dari tempat kejadian dan menganggap kejadian itu nasib malang buatnya.
Bomba turut dikerah bagi membantu memadam kebakaran.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pengurus-pasar-raya-nyaris-maut-kereta-terbabas-rentung-1.71382
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment