Inalillahi wainailaihi rojiun
BALING - Dua penghuni Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Miskin Al-wadi maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 33.8 Kampung Binjul Luar kira-kira 12 tengah hari, kelmarin.
Ahmad Osman Nazir, 21, dari Kampung Seberang Ketil dan Mohd Aswad Azizan, 18, Kampung Seberang Pekan maut di tempat di kejadian setelah motosikal mereka bertembung dengan sebuah lori muatan tong gas.
Ketua Polis Daerah Baling, Supretendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke pertubuhan anak-anak yatim tersebut.
Menurutnya, penunggang motosikal terbabit dipercayai memasuki laluan lori berkenaan sehingga mengakibatkan pertembungan sebelum terbabas di bahu jalan.
"Penunggang motosikal, Ahmad Osman terpelanting dan terseret sejauh enam meter dari motosikalnya manakala rakannya Mohd Aswad melambung dan terjatuh di dalam tali air berdekatan jalan itu.
"Penunggang terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan paha manakala rakan mangsa dipercayai lemas di dalam tali air itu," katanya kepada Sinar Harian.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/dua-anak-yatim-al-wadi-maut-1.71495
No comments:
Post a Comment