loading...

Monday, September 12, 2011

Tiga Maut Kemalangan Ngeri

 Tiga Maut Kemalangan Ngeri

KUANTAN - Tiga lelaki maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Pantai Timur, berhampiran susur keluar Tol Gambang dekat sini, petang kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 6.30 petang itu, pemandu kereta jenis Mercedes Benz, , Yee Koi Chee, 68, dari Air Putih, di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Yee@Chew Moy, 64 cedera dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, Wong Hong Yen, 40an dan pemandu Proton Satria, Mustafa Kamal Samah, 40, dari Awana Kijal, Kemaman meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTAA.

Menurutnya, Toyota Hilux yang dipandu Hong Yen dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur, manakala dua lagi kenderaan terlibat dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, Hong Yen yang memandu bersendirian dipercayai gagal mengawal kenderaannya selepas hilang kawalan lalu terbabas ke kanan dan melanggar besi pengadang jalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Akibat kejadian, kenderaannya dirempuh kereta Mercedes dan Proton Satria yang terlibat menyebabkan kenderaannya terbakar dan dia tercampak keluar,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Mohamed Fauzi, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.




“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
              Berita-harian.net
              Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my