loading...

Wednesday, August 3, 2011

Tak Sempat Berbuka Puasa


Al-Fatihah
KULAIJAYA – Seorang lelaki tidak sempat berbuka puasa bersama keluarga tersayang apabila terkorban dalam nahas kemalangan di Kilometer 30.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur ke Johor Bahru, semalam.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa tidak sempat mengelak sebuah lori di hadapannya, lalu merempuh lori berkenaan sehingga menyebabkannya maut.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kejadian kira-kira jam 2 petang semalam dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang lelaki berusia 30 tahun itu melanggar sebuah lori.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa telah melanggar bahagian belakang lori yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun.

“Ketika itu, lori terbabit sedang diparkir di lorong kecemasan setelah pemandunya mendapati terdapat kerosakan pada lori tersebut,” katanya.

Zulkefly berkata, penunggang motosikal berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas khusunya dari arah Kuala Lumpur-Johor Bahru sejauh kira-kira lima kilometer namun berjaya dikawal anggota polis dan petugas lebuh raya kira-kira satu jam kemudian.

 Sumber: SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my