loading...
Wednesday, August 3, 2011
Guru Maut Pulang dari Sekolah
Al-Fatihah
BESUT: Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Langkap, Setiu terbunuh setelah kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Sungai Tong, petang ini.
Mangsa Ahmad Yusrizal Yusof, 30, mati di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian muka dan badan akibat perlanggaran tersebut yang berlaku kira-kira jam 1.35 petang.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Rohaizat Mohd Ani berkata, ketika kejadian, mangsa sedang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan untuk mengambil
isterinya, Azlina Mohd Razali yang mengajar di SMK Sungai Tong setelah habis
mengajar.
Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan terbabas di satu selekoh tajam sebelum berlanggar secara berhadapan dengan lori tangki minyak kelapa sawit yang dalam perjalanan ke Kota Baharu.
Menurut beliau, maklumat pemandu lori tangki itu belum diperoleh tetapi difahamkan hanya mengalami cedera ringan.
“Ahmad Yusrizal sering berulang ke sekolahnya dari rumahnya di Kuala Terengganu itu meninggal dunia di tempat kejadian,” kata beliau ketika dihubungi Bernama.
Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalulintas termasuk kumpulan Konvoi Kembara Merdeka yang dalam perjalanan ke daerah Besut untuk menyertai satu program berbuka puasa di Masjid As Solihin dekat Padang Luas, Jerteh. -Bernama
Sumber berita: Metro Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment