loading...

Thursday, May 19, 2011

Wahai Kenderaan Berat !



LAHAT – Pemandu kenderaan berat diminta lebih bertimbang rasa dan prihatin dengan keselamatan pengguna lain, ketika keluar masuk di simpang masuk Jalan Simpang Pulai ke Kampung Pengkalan Timah, di sini. 






Pengguna, Azlan Wahab, 50 berkata, kenderaan berat melalui laluan itu sebelum masuk ke jalan utama, dan didakwa memandu laju serta bersaing sesama mereka untuk mengejar trip perjalanan.



Menurutnya, lebih membimbangkan apabila kenderaan berat menyeberang jalan secara bahaya, termasuk waktu kesibukan lalu lintas. 






“Kadangkala, saya lihat kenderaan berat menyeberang ke jalan besar secara melulu dan membimbangkan penduduk di sini, terutama terdapat sekolah berhampiran.



“Sepatutnya pemandu kenderaan berat perlu lebih berhati-hati dan jangan sesekali membahayakan keselamatan pengguna dan penduduk,” katanya kepada :Sinar Harian. 






Azlan berkata, dia bimbang sekiranya berlaku kemalangan jiwa akibat sikap pentingkan diri pemandu kenderaan berat kelak.



“Saya harap pemandu kenderaan berat ini dapat lebih bertimbang rasa dan jangan hanya mementingkan diri mereka sahaja.



“Saya juga merayu kepada pihak berwajib agar mengambil tindakan tegas, serta lebih efisien dalam menjalankan tugas mereka,” katanya.



Azlan berkata, kerap berlaku kemalangan di kawasan itu dan dia berharap tidak akan berlaku insiden yang boleh meragut nyawa pengguna jalan raya.



Azlan turut menegaskan perkara yang dibangkitkan membabitkan keselamatan semua pihak yang menggunakan jalan di kawasan itu termasuk pelajar sekolah. 






“Kita semua cari rezeki, namun dalam masa yang sama semua pihak perlu saling menjaga keselamatan bersama demi kebaikan semua pihak,” katanya.


Sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/perak/content/story9077234.asp


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my