loading...

Friday, May 27, 2011

Kemalangan 3 Bas Ekspres


IPOH: “Saya terkejut apabila treler berkenaan tiba-tiba mencelah masuk ke hadapan laluan saya menyebabkan cuba mengelak sebelum dua bas di belakang berlanggar,” kata pemandu bas ekspres Sri Maju, Jamaluddin Azmi, 40-an.


Dalam kejadian jam 1.40 pagi semalam, 10 penumpang bas cedera apabila tiga bas ekspres dan sebuah kereta terbabit dalam kemalangan berhampiran Kilometer 282.5, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Simpang Pulai.



“Saya memandu bas di lorong kanan sebelum sebuah treler menghimpit ke laluan saya. Akibatnya saya menekan brek untuk mengelaknya.


“Pada masa sama, sebuah kereta Proton Persona di belakang bas saya turut membrek secara mengejut tetapi tak sempat menyebabkan dia merempuh bas saya,” katanya.




Menurutnya, sebuah lagi bas ekspres yang mengekori rapat di belakang kereta itu turut membrek bagi mengelakkan merempuh kereta itu.




“Malangnya sebuah lagi bas ekspres yang berada rapat di belakang bas kedua itu gagal mengelak sebelum merempuh bas di hadapannya,” katanya yang dalam perjalanan dari Alor Setar ke Johor Bahru.


Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan 10 penumpang bas ekspres paling belakang cedera ringan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan.




“Treler yang menjadi punca kemalangan itu sempat melarikan diri. Saya bersyukur kerana kemalangan ini tidak menyebabkan kecederaan parah atau kematian,” katanya. Sementara itu, Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab berkata, hanya lima daripada 10 penumpang bas terbabit yang cedera dibawa ke HRPB untuk rawatan pesakit luar.


“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah bas Ekspres Sri Maju berhenti secara tiba-tiba selepas dihimpit sebuah treler yang memotongnya.




“Pada masa sama, sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki turut berhenti kecemasan manakala sebuah lagi bas ekspres Intercity yang juga mengekori dari belakang turut berhenti tetapi dirempuh sebuah bas ekpres Maraliner yang mengekori dari belakang,” katanya.






Five injured in bus crash

IPOH: Five people were injured when the express bus they were travelling in collided with two other buses and a car at KM282 of the North-South Expressway. District traffic chief Deputy Supt Mohd Rodzi Rajab said the five victims, aged between 20 and 45, sustained minor injuries in the 1.40am incident yesterday.

“They received outpatient treatment at the Raja Permaisuri Bainun Hospital,” he added.

DSP Mohd Rodzi said the bus was on its way to Kuantan from Kangar when it rammed into a stalled express bus, about 2km from the Simpang Pulai interchange.

“The impact caused the stalled bus to crash into a Proton Persona and another express bus in front, both of which were parked on the emergency lane,” he said.

He added that the drivers and passengers of the two buses and car were unhurt.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my