loading...

Thursday, April 14, 2011

3 Pelajar KIST Bachok, Maut Bertembung Lori


Al-Fatihah... kehilangan 3 bakal jururawat.

Ringkasan:
Pemandu kereta, Nor Diana Mohd Noor, 22 tahun, dikatakan gagal memotong sebuah lori dan bertembung dengan lori minyak dari arah bertentangan.

Menyebabkan; Nor Diana, Zur Iras Zakaria dan Nurul Shahidah Abdul Jabar tercampak keluar.

Nor Diana dan Zur Iras mati, di tempat kejadian.

Nurul Shahidah pula meninggal dunia di Hospital Daerah Besut.

Dua lagi Bazilah Abdullah dan Nur Adilah Mohd Ghazali yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM, Kubang Kerian.




Berita Penuh:

BESUT 14 April - Tiga pelajar perempuan di kampus utama Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Bachok, Kelantan maut, manakala dua rakan mereka cedera parah apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki di Kampung Gerai dekat sini, pagi ini.

Mereka yang terbunuh ialah Nordiana Mohd. Nor, 22, berasal dari Johor; Zur Iras Zakaria, 19, dari Kampung Titian Atas Tol, Kuala Terengganu dan Nurul Shahidah Abdul Jabbar, 19 tahun dari Tanah Merah, Kelantan.



Dalam nahas kira-kira pukul 6 pagi itu, Nordiana (pemandu) dikatakan tersepit di kerusi pemandu, manakala Zur Iras tercampak keluar. Kedua-duanya mati di tempat kejadian.

Sementara Nurul Shahidah dari Tanah Merah pula meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Besut.

Dua mangsa yang cedera parah ialah Nur Adilah Mohd. Ghazali, 19, dari Tanah Merah, Kelantan dan Bazilah Abdullah, 19, dari Kampung Tiong Dalam, Kota Bharu, Kelantan. Mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.

Kesemua lima sahabat itu merupakan penuntut tahun dua jurusan kejururawatan di KIST Cawangan Bachok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata kemalangan berlaku kira-kira pukul 6 pagi apabila kereta Perodua yang dinaiki lima sekawan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kerteh itu dipercayai cuba memotong sebuah lori di hadapan mereka.



"Bagaimanapun, ketika cuba memotong lori berkenaan, kereta yang dinaiki oleh lima pelajar KIST ini telah bertembung dengan sebuah lori tangki minyak kosong dari arah bertentangan yang ketika itu menghala ke Kuala Terengganu.

"Pertembungan itu menyebabkan kereta tersebut terpusing balik ke arah Kuala Terengganu dan seorang daripada mangsa tercampak keluar dari kereta manakala lori tangki Petronas termasuk ke dalam parit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Daerah Besut di sini pada hari Khamis..



"Sejurus kenderaan itu bertembung, lori tanpa muatan terlibat yang dipandu oleh Khairi Ayob, 43, kemudian turut merempuh pokok dan sebuah wakaf di tepi jalan sebelum terhumban ke dalam parit di situ," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori itu yang ketika kejadian dalam perjalanan untuk mengisi minyak di Kerteh, Kemaman hanya cedera ringan dan dia dirawat di Hospital Besut.


Sementara itu, pemandu lori tangki Petronas Khairi Ayub,43, berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas dan beliau tidak sempat mengelak apabila ternampak kereta yang dinaiki pelajar itu datang dari arah bertentangan.

"Saya cuba mengelak dari melanggar kereta itu sehingga lori yang dipandu saya sendiri terbabas di kiri jalan dan melanggar sebatang pokok serta sebuah pondok menunggu bas sebelum termasuk dalam sebuah parit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.



lima pelajar berkenaan yang tinggal di Asrama Muiz Dalam Rhu di Pasir Puteh, Kelantan itu dikatakan menaiki kereta milik rakan mereka untuk pergi bersiar-siar di bandar Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 malam tadi.

Rakan mangsa, Norasyikin Nasri, 19, berkata, pada mulanya, dia dan rakannya, Nur Amirah Shamsudin, 20, berbincang untuk bersama-sama Nordiana ke Kuala Terengganu, namun mengubah fikiran di saat akhir sebelum diganti oleh Nurul Shahidah dan Zur Iras.

"Pagi ini, saya terima panggilan telefon mengatakan mereka kemalangan dan pada awalnya saya anggap kemalangan biasa saja, namun sebaik tiba di hospital, rupa-rupanya tiga rakan saya sudah 'tiada'," katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Besut di sini.

Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Faisal Deros melalui talian telefon 0133293760.



Seorang rakan kolej mangsa yang juga rakan seasrama mangsa, Norashikin Nasri, 19 dari Bukit Payong, Kuala Terengganu pula berkata kesemua mangsa terlibat adalah pelajar semester empat dalam jurusan kejururawatan.

Menurut Noor Ashikin Nasri, dia juga diajak ke Kuala Terengganu, tetapi menolaknya kerana letih.

Katanya, semua rakannya bertolak jam 9 malam ke Kuala Terengganu malam kelmarin untuk makan angin dan menenangkan perasaan selepas terkejut dengan peristiwa asrama pelajar wanita diceroboh seorang lelaki pada waktu Subuh, Selasa lalu.

Mereka trauma selepas melihat seorang lelaki bertopeng menceroboh masuk ke dalam asrama itu dengan memegang sebilah pisau menyebabkan mereka membuat keputusan untuk menenangkan fikiran di Kuala Terengganu,” katanya ditemui di Hospital Besut, semalam.

Katanya, mangsa dipercayai ke Kuala Terengganu dengan meminjam kereta seorang rakan lain dan tidak tidur ketika berada di bandar raya itu sebaliknya beredar pulang selepas beberapa jam bersiar-siar di situ.



TANAH MERAH: Seorang bapa yang tidak mengetahui anak perempuannya yang menuntut di Bachok, Kelantan ke Kuala Terengganu untuk bersiar-siar, menerima berita amat mengejutkan apabila anaknya itu maut dalam kemalangan pagi semalam.

Abdul Jaabar Hussain, 52, bapa kepada Nurul Shahidah Abdul Jaabar, 19, berkata, beliau hampir pitam apabila dihubungi seorang anggota Bomba dan Penyelamat yang memaklumkan kereta dinaiki anaknya terbabit dengan kemalangan membabitkan lori tangki.
“Bermacam-macam tanggapan dalam fikiran saya memandang kejadian berlaku ke atas arwah yang juga anak kelima daripada tujuh beradik itu.
“Namun saya gagahi juga ke sana (Hospital Besut) dan menerima ketentuan Allah bahawa anaknya saya sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Abdul Jaabar berkata, kali terakhir beliau bertemu Nurul Shahidah adalah dua minggu lalu dan anaknya itu ada menghubunginya petang kelmarin tapi tidak memberitahu pemergiannya ke Kuala Terengganu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tanah Merah, Baharuddin Yusof, yang melawat rumah mangsa, turut menyampaikan sumbangan RM500 kepada keluarga Nurul Shahidah.


Di JERTIH: Bapa Zur Irah, Zakaria Muda, 49, terkilan kerana pengurusan kolej membenarkan pelajarnya keluar pada waktu malam sehingga awal pagi.

Ketika ditemui di Hospital Besut untuk menuntut mayat anaknya, Zakaria berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang rakan anaknya kira-kira jam 8.30 pagi memaklumkan Zur Irah terbabit dalam kemalangan.

“Saya terkejut sebaik sampai di HB kemudian dimaklumkan anak saya adalah seorang daripada tiga mangsa yang terbunuh,” katanya.


Sumber:
http://www.utusanonline.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=579017
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Limarakannahaskeretabertembungloritangki/Article
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bapataktahuanakkeluarbersiar-siardenganrakan/Article

19 comments:

  1. kemalangan yg tragik...sangat kecut perut kalau berselisih dengan lori di jalan raya..kadang2 bukan lori yang bersalah...al-fatihah

    ReplyDelete
  2. scary nyaaa. hope keluarga arwah bersabar dengan dugaan ni.

    ReplyDelete
  3. hati-hati memandu apalagi mereka yang punya lesen baru. gaya tu gaya jugak tapi jgn lupa keselamatan. punca kemalangan adalah sikap pemandu, buka salah mak bapak, bukan salah kenderaan tapi salah pemandu. al-fatihah.

    ReplyDelete
  4. naya la kete baru... plat no DBU4566 usia kereta baru je 2 minggu masa blaku kemalangan tu. tak kira la kereta sewa atau kereta pinjam, tapi student KIST gaya lebih sikit, lesen baru tapi dah gaya mcm org yang dah ada pengalaman memandu, cuma satu je yg saya pelik knp ramai stdnt KIST yang suka sgt buat keje yg luar dugaan. harap-harap dapat perbaiki semua ni.

    ReplyDelete
  5. Dalam catatan saya, pelajar KIST amat bahaya apalagi soal memandu. setiap 2 bulan ada je kemalangan maut. Bulan Disember 2010 1 maut kemalangan kereta di jalan Kandis Bachok, Februari 2011 1 maut kemalangan kereta di jalan Gua Musang Kuala Krai, April 2011 3 maut kemalangan kereta di jalan jerteh - pasir puteh dan terkini Jun 2011 3 maut kemalangan kereta di Lebuh Raya Salor Pasir Mas. Jgn la jadi tradisi mcm ni, takut saya. tak nak la jadi pelajar KIST puaka.

    ReplyDelete
  6. 26 Jun 2011, 3 palajar lelaki KIST maut dalam kemalangan kereta yang bertembung dgn lori ais. 3 pelajar tersebut terkenal dengan memandu laju dan suka rempit. Insaflah kepada rakan-rakan yang lain.

    ReplyDelete
  7. Aiman dapat tahu semua pelajar yang memandu dan terlibat dalam kemalangan maut adalah mereka yang mempunyai lesen daripada AMKIST (Akademi memandu KIST). Elok juga kalau pihak berkuasa memantau AMKIST. Salam takziah. Begitu mudah nyawa umat Islam melayang. KIST fokus bisnes abai kebajikan.

    ReplyDelete
  8. harap-harap KIST tidak berhasrat buka cawangan baru... cawangan alam kubur. Ramai dah student yang meninggal, masuk kubur. Innalillah.

    ReplyDelete
  9. Aznil yang masih parah tidak sedarkan diri di HUSM kini dlm keadaan tenat. kesian jugak. untuk tidak menyusahkan labih baik nyawanya dicabut je. kalau hidup pun menyusahkan je. TAKDIR

    ReplyDelete
  10. KIST: Pelajar suka ambil kesempatan ke arah negatif. Pengurusan hanya tahu untuk kaut untung tapi abai kebajikan. SEKARANG di mana kebenaran.

    ReplyDelete
  11. memang patut kist punya tamparan dalam pengurusan, Presiden pun hanya lulusan SPM je. Lahai KIST. malu la mcm ni.

    ReplyDelete
  12. Jumaat 8 Julai 2011 berlaku lagi kemalangan maut, pelajat lelaki KIST tunggang motosikal dan bertembung dengan van lori, dan malam tu juga maut di Klinik kesihatan bachok. lahai budak2 KIST... dah mula pandai buat kemalangan maut... entah sape pulak giliran lepas ni... nasib2...

    ReplyDelete
  13. Aznil Arfan budak KIST yang koma dua minggu di HUSM pun dah meninggal semalam. ramai la budak2 KIST yang maut ngeri... KENANGAN PAHIT ...

    ReplyDelete
  14. Kereta sewa yang pun no 4566 adalah puaka. jaga-jaga!!

    ReplyDelete
  15. wey..jgn slh student kist..lau takdir korg mati ngah berak nk wt cane kn..pkir la ckit mangkok....

    ReplyDelete
  16. bukan nak kata apa.. student kist byk megah.. baru 3 hari dpt lesen dah mula tunjuk lagak.. tgk la apa dah jadi... u mangkok kena tau.. setiap 2 bulan ada je kemalangan maut student kist.. haha..

    ReplyDelete
  17. takdir tu takdir jgk.. tp tgh2 mlm gi makan angin trengganu tu wat pe.. kalau mak bapak tau awal2 lg tak bagi pegi.. jln tgh2 mlm bukan cara yg betul.. just makan angin.. lahai lepas laku bdk2 skrg.. bila dah kena.. "takdir".. pkir je elok2..

    ReplyDelete
  18. aku nak bg pesan... hati2 kalau memandu... yg dah kena tu jadikan sbg pengajaran.. dan kalau nak keluar mana2 sebaiknya mak bapak tau baru la dikatakan anak yg baik. bukan apa...takut kita jadi alpa. kalau dah mlm eloknya duk je kat hostel kan lebih bagus bagi pempuan.

    ReplyDelete
  19. menggeletar luntut bila kawan ana bagitau.... kawan ana Nur Adilah@ nama lain kami panggil chik.. kemalangan... :'(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my