loading...

Wednesday, April 13, 2011

Tak Kena..Pandai ! Kena Nanti, Pandai-Pandai lah Jawab !

Simpang tiga undang maut

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my



HULU SELANGOR 13 April - Semata-mata kerana enggan membuat pusingan U, pemandu van sekolah sanggup menggadaikan keselamatan penumpangnya dengan memandu menentang arus di Jalan Sungai Choh-Rawang di sini.

Perbuatan itu turut dilakukan oleh pengguna kenderaan lain, termasuk penunggang motosikal tanpa memikirkan keselamatan diri dan orang lain.

Mereka memulakan aksi berbahaya itu dengan memandu menentang arus Jalan Sungai Choh-Rawang dari simpang Jalan Sungai Choh- Sungai Buaya.

Ini dilakukan kerana mereka enggan menghabiskan sedikit petrol untuk berpatah balik ke laluan berkenaan dan masuk ke kampung berdekatan melalui pusingan U yang terletak kira-kira 500 meter dari persimpangan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi itu baru-baru ini mendapati tindakan pengguna 'berani mati' itu jelas mengundang risiko kemalangan memandangkan kenderaan sentiasa bertali arus.

Selain itu, pelajar yang berjalan kaki turut melintas jalan yang sibuk itu sedangkan hanya kira-kira 50 meter daripada persimpangan tersebut terdapat sebuah jejantas yang boleh mereka gunakan.

Tindakan berani mati mereka melintas jalan untuk di waktu kenderaan lain berpusu-pusu pergi dan balik kerja sama ada dari arah Sungai Buaya, Serendah mahupun pusat

Bandar Rawang didakwa berlaku terutama pada waktu puncak.

Tinjauan mendapati selain tidak ada laluan khas pejalan kaki di persimpangan tersebut, jarak yang terpaksa mereka lalui daripada sekolah ke persimpangan itu agak jauh dan tidak menolak kemungkinan mereka sudah keletihan.

Lebih-lebih lagi apabila hendak menggunakan jejantas mereka terpaksa pula melencong jauh sebelum berpatah balik ke rumah yang terletak di kawasan perkampungan berhampiran persimpangan itu.

Alias Omar, 35, yang sering menggunakan laluan itu tidak menafikan sering berhadapan kesesakan di persimpangan itu.

Dia yang tinggal di Sungai Buaya untuk ke tempat kerjanya di Cheras Baru mengakui melalui jalan itu seawal pukul 7 pagi ketika pelajar-pelajar-pelajar hendak ke sekolah.

"Keadaan jalan di sini memang sesak, kerana pertembungan pelajar-pelajar ke sekolah dan mereka yang berkenderaan untuk ke tempat kerja," katanya.

Seorang penduduk berhampiran, Naksabandi Taib, 49, mengakui persimpangan jalan tersebut memang sibuk kerana menjadi laluan utama kepada mereka yang tinggal di Sungai Buaya dan Serendah untuk ke Rawang, begitu juga sebaliknya.

Katanya, dia lebih melihat faktor saiz jalan sebagai punca kepada kesesakan di situ dan berharap pihak bertanggungjawab dapat mempertimbangkan agar kerja-kerja melebarkan jalan di kawasan berhampiran dilaksanakan demi memastikan keselesaan dan kemudahan pengguna.


child seat

2 comments:

  1. kwn yg tinggal kt rawang kata, selalu de accident kt sna..sbb maslh jln raya yg teruk..dah lapor tak de tindkn, pemimpin kt sne wt pe enth...
    eeii, klu aku jadi mak bapak budak yg nek van tu, cancel terus..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my