loading...

Friday, November 15, 2013

Empat sekeluarga maut



Inalillahi wainailaihi rojiun

16 November 2013
GUA MUSANG – Empat sekeluarga maut dan dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 53.9 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1, dekat sini, pagi semalam.


Mangsa yang berasal dari Kota Bharu itu, pemandu kenderaan Toyota Harrier, Wan Mahmud Sabri Wan Idris, 52, isterinya, Narul`Aini  Abdullah, 53, anak perempuan mereka, Wan Najihah Wan Mahmud Sabri, 10, dan ibu kepada Wan Mahmud Sabri, Zainab Abdullah, 68.

Dua mangsa yang cedera parah iaitu anak perempuan pasangan terbabit, Wan Nadirah Wan Mahmud Sabri, 13, dan pemandu kenderaan pikap jenis Mazda, Raja Yusoff R Ismail, 62, berasal dari Pasir Puteh, dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK).

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika keluarga terbabit dalam perjalanan dari rumah mereka di Kubang Kerian, Kota Bharu menuju ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kenderaan dipandu Wan Mahmud Sabri dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan kenderaan dipandu Raja Yusoff yang dalam perjalanan dari  Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

“Empat mangsa yang cedera parah di kepala dan badan, maut serta-merta di tempat kejadian, manakala dua lagi yang parah menerima rawatan awal di Pusat Kesihatan Bandar Chiku sebelum dirujuk ke HKK," katanya.

Dalam pada itu, Saiful Bahri menyifatkan kemalangan itu paling ngeri dalam tempoh setahun ini.

"Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat," katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/semasa/empat-sekeluarga-maut-1.221394



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my