loading...

Tuesday, June 21, 2011

Anggota JPJ Maut Dirempuh Ford Laser


Al-Fatihah...


SEREMBAN - Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbunuh selepas dirempuh kereta ketika sedang melakukan pemeriksaan lori rosak di Batang Benar, Nilai, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi, ketika Wardi Ahmad, 28, bersama tiga rakannya yang menaiki kereta peronda JPJ memberhentikan kenderaan di bahu jalan.

Jurucakap polis berkata, mangsa ketika itu sedang berdiri dibelakang kereta peronda JPJ terbabit sebelum dirempuh kereta jenis Ford Laser yang datang dari arah belakang.

“Kereta berwarna hijau itu dipandu seorang lelaki dikatakan hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa tersepit pada kenderaan berkenaan dan mengalami kecederaan parah.

“Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), untuk rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira 1.10 tengahari tadi (semalam),” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, jenazah dibawa ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.

“Sementara tiga lagi anggota JPJ serta pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Menurutnya, pemandu Ford laser Ismail Dahlan, 44, berasal daripada Batang Benar, di sini juga dilaporkan meninggal dunia beberapa jam selepas menerima rawatan di HTJ akibat cedera parah di kepala dan badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, punca sebenar kejadian masih disiasat.

Sementara, saksi kejadian, Mohd Aezrool Aadzree Rosni, 29, berkata, kejadian berlaku sangat pantas dan dia tergamam ketika melihat sebuah kereta terbabas, lalu merempuh rakan setugasnya itu.

“Saya nampak kereta Ford Laser itu dipandu laju hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh arwah di bahagian belakang kereta peronda JPJ,” katanya.

Menurutnya, ketika itu, dia hanya memikirkan untuk menyelamatkan diri dan terus berlari ke tempat selamat.

“Jika saya tidak lari, mungkin saya juga jadi mangsa. Bagaimanapun, saya tidak sangka arwah meninggal dunia dengan keadaan sebegini,” katanya.

Aezrool berkata, dia dan rakan baiknya itu bertugas dalam satu pasukan berkhidmat sejak tiga tahun lalu.

“Arwah meninggalkan seorang balu yang sedang mengandung dan seorang anak berusia setahun,” katanya. 

Sumber :
http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9213263.asp
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenguatkuasaJPJmautdirempuhkereta/Article

4 comments:

  1. AGAK U LAH ADA TAK LAGI YANG PEGAWAI JPJ TU TAK CERITAKAN... POINT OF VIEW HANYA DARI JPJ TAPI TAK DARI ORG LUAR, ORANG YANG DUDUK2 DEKAT KEDAI AREA KEJADIAN... AND JALAN TUPUN DOUBLE LINE... JPJ BERENTI UNTUK CEK LORI ROSAK....MMG YE LORI TU ROSAK..TAPI...JALAN TU MULANYA STRAIGHT N TERUS CORNER,DAN DOUBLE LINE PLAK TU PANDAI SANGAT JPJ BERENTI SITU...TULAH TUHAN NAK TUNJUKKAN B4 DIZ RAJIN SGT ROADBLOCK KAT ITU SKRG APE JD...

    ReplyDelete
  2. Semua ini takdir dari allah s.w.t..ini seharusnya jadi iktibar kepada jabatan pengangkutan jalan..sepatutnya ada arahan dan peraturan untuk mengadakan sekatan/pemeriksaan supaya keselamatan anggota jpj terjamin..cuba jpj mempelajari tentang prosedur sekatan/pemeriksaan dengan pihak pdrm..ambil lah langkah2 keselamatan supaya kejadian sama tidak berulang...

    ReplyDelete
  3. try tengok video facebook ni
    http://www.facebook.com/video/video.php?v=236053399745109&comments

    ReplyDelete
  4. ajal maut ditangan tuhan...u all xley salah kan sapew2 dlm hal nie k.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my