loading...

Sunday, March 27, 2011

16 Orang Hampir Maut Angkara Kerbau



MERSING 26 Mac - Seramai 14 penumpang bas ekspres dan dua beradik menaiki sebuah van terselamat apabila kenderaan mereka naiki nyaris bertembung angkara sekumpulan kerbau yang melintas.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam tadi itu bermula apabila van yang sarat dengan muatan kain merempuh sekumpulan kerbau berkenaan di Kilometer 7 Jalan Mersing-Endau, dekat sini.

Pada masa sama, sebuah bas ekspres dari arah sama dan cuba mengelak merempuh van itu yang rosak di tengah jalan lalu terbabas ke dalam parit di tepi jalan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan hanya penumpang van, Rugayah Ali, 45, cedera ringan, manakala semua penumpang bas tersebut tidak cedera.

Pemandu van, Hamidan Ali, 41, berkata, ketika melalui jalan itu, dia dikejutkan dengan kelibat haiwan berkenaan yang tiba-tiba keluar dari kawasan semak.

"Kami dalam perjalanan dari Kota Tinggi menuju ke Pekan, Pahang dan kejadian itu berlaku secara tiba-tiba. Nasib baik bas ekspres di belakang sempat mengelak.

"Bas ekspres itu hanya bergesel sedikit dengan van kami sebelum masuk ke dalam parit," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Pemandu bas ekspres, Mohd. Yusof Awang, 47, berkata, kemalangan itu pertama kali menimpa dirinya sepanjang 10 tahun memandu bas ekspres.

"Mujurlah saya sempat mengelak daripada merempuh van itu hingga menyebabkan terbabas ke dalam parit. Kalau tidak, entah apa nasib pemandu serta penumpang berkenaan," katanya

Sumber: Utusan.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my