loading...

Thursday, March 31, 2011

Lori bertemu Lori, Kancil Mati ditengah.

3 Maut Diapit Lori



GUA MUSANG 31 Mac – Tiga termasuk dua sahabat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan dua buah kenderaan berat dan sebuah kereta di Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Simpang Paloh Tiga, dekat sini semalam.

Kemalangan ngeri pada pukul 6.30 petang itu melibatkan sebuah treler membawa muatan kereta, lori kontena dan kereta Perodua Kancil.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu lori kontena, Muhammad Fathimy Hassan, 29, pemandu Perodua Kancil, Mat Dahri Yusoff, 35, dan penumpangnya, Sa‘ade Mohd. Noor, 38. Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu mengakibatkan kereta Perodua Kancil yang dipandu Mat Dahari yang juga peniaga dan Sa‘ade, pengawal keselamatan, remuk teruk selepas terperosok ke bawah lori kontena.



Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Aziz Hasan ketika dihubungi hari ini berkata, kejadian berpunca akibat sebuah lori muatan balang gas yang rosak diletakkan di atas jalan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.

“Kon tanda amaran telah diletakkan dikeliling lori tersebut. Namun sebuah treler muatan kereta dari arah sama telah berhenti mengejut di belakang lori yang rosak tersebut sehingga dirempuh kereta Perodua Kancil yang datang kemudian.

“Selepas itu, datang pula sebuah lori kontena lalu merempuh kereta Perodua Kancil terbabit dari belakang dan terperosok di bawah lori kontena berkenaan,” katanya.

Menurut Aziz, ketiga-tiga mangsa yang terkorban kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Sementara itu, isteri Sa‘ade yang enggan dikenali ketika ditemui di Hospital Gua Musang hari ini memberitahu, suaminya bersama Mat Dahari dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Gua Musang.



“Suami saya ke Rantau Panjang bersama-sama Mat Dahari untuk ambil baju dan piala yang telah ditempah untuk pertandingan suara burung candik yang akan berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang,” katanya.

Al-Fatihah...

Sumber: Utusan

Sports Cars Apabila Kemalangan

Ferrari



Jurulatih besbal di Oklahoma City berjaya menghancurkan kereta Ferrari Kawannya.


Ferrari pun boleh putus 2




Lamborghini Gallardo

Lamborghini Gallardo di Jalan Hollywood Hills, CA




Porsche 911



Pemandu Porsche 911 mati terbunuh dalam kemalangan





Mercedes McLaren



Mercedes McLaren di ibukota Poland




Mustang GT
Mustang GT di pandu oleh remaja Kanada


Audi R8



Audi R8 terbakar dalam kemalangan


Corvette ZR1



Apabila Corvette ZR1 dipandu oleh kaki mabuk



Lexus LFA



Pemandu Lexus LFA terbunuh dalam Kemalangan di German

Gambar Kemalangan Yang Pelik ke 2










Wednesday, March 30, 2011

Anak 4 Tahun Maut Dilanggar Jiran

Al Fatihah....


KLANG: “Saya sedang tutup pintu pagar rumah sambil kendong anak kedua. Tiba-tiba terdengar bunyi ‘bum’ dan bila toleh, anak pertama saya terbaring di atas jalan,” kata Che Wan Nor Al Fatihah Che Wan Othman, 26, ibu kepada Muaz Hakimi Mohd Faisal, 4, yang maut di depan rumahnya akibat dilanggar kereta jiran, semalam.

Kejadian berlaku di Lorong Klang Perdana 2C, Taman Klang Perdana, Sementa, Kapar kira-kira jam 5.30 petang kelmarin dan kanak-kanak itu maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketika kejadian, mangsa seronok menunggang basikal dilanggar Toyota Innova milik jirannya dipercayai dalam perjalanan mengambil anaknya di sekolah, kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.

Che Wan Nor Al Fatihah berkata, selepas melihat Muaz Hakimi terbujur kaku dan berlumuran darah, dia berlari mendapatkan mangsa biarpun masih menggendong anak keduanya, Muhammad Faiz yang berusia setahun enam bulan.

“Saya hanya mampu meraung sekuat hati selepas melihat dia tidak bernyawa. Baru beberapa saat sebelum itu dia berada di depan saya, tapi dalam sekelip mata dia meninggalkan saya untuk selama-lamanya,” katanya.


Che Wan Nor Al Fatihah dan suami, Mohd Faisal Mohd Affandi, 32, baru tiga bulan tinggal di rumah yang baru dibeli mereka itu. Sebelum ini pasangan berkenaan menyewa di Teluk Gong, Pandamaran.

Difahamkan, sebelum kejadian, Che Wan Nor Al Fatihah bersama dua anaknya itu keluar bertemu jiran yang berkumpul di simpang jalan sambil mengambil angin petang di kawasan perumahan berkenaan.

Che Wan Nor Al Fatihah berkata, malam sebelum kejadian anaknya menunjukkan perubahan sikap dan beberapa kali terjaga daripada tidur pada awal pagi dan menangis.

“Dia macam takut-takut dan selepas saya tenangkannya dia kembali tidur. Tak sangka itu petanda dia meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Mohd Faisal yang bekerja sebagai pemandu lori di Pelabuhan Klang berkata, sejurus dihubungi jiran, dia bergegas pulang ke rumah.

“Saya syak anak saya kemalangan selepas melihat orang ramai mengelilingi berhampiran rumah saya.

“Selepas melihat keadaan anak saya, fikiran saya kosong dan tak mampu berkata apa-apa. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam dua jam sebelum kejadian, anak sulungnya itu mencium dan melambai tangan ketika dia mahu keluar rumah untuk ke tempat kerja.

“Pagi sebelum kejadian, saya, arwah dan anak kedua ke kolam memancing tidak jauh dari sini dan dia begitu seronok sekali melihat ikan sambil sesekali mengusik adiknya.

“Tapi semua itu hanya tinggal kenangan dan saya perlu tabah dan terima hakikat dia pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya,” katanya pilu.

Mohd Faisal berkata, dua tiga hari lalu, anaknya turut menunjukkan perubahan sikap.

“Bila dengar azan, dia ikut melaungkan azan,” katanya.

Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Kampung Sementa, selepas solat Zuhur, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan mendapati mangsa dilanggar dan diseret kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.

“Laporan bedah siasat mendapati mangsa parah di kepala yang membawa kepada kematiannya,” katanya.

Sumber : Metro Harian

Punca Kemalangan, Lelaki Atau Perempuan?

Post ini berkaitan dari entri  Pemandu Wanita Merbahaya?

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) sebenarnya Lebih Ramai Lelaki Kemalangan Berbanding Wanita - MIROS



emm... macam tu pula, jom kita baca artikel dari mStar Online....

30 Mac 2011; KUALA LUMPUR: Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita.

Ketua Pengarah MIROS, Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam satu kenyataana hari ini berkata, kajian itu turut disokong statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan sejumlah 244,336 kemalangan membabitkan pemandu lelaki berbanding 103,153 bagi wanita, pada 2009.



Mengambil kira bilangan penduduk, beliau berkata lelaki mempunyai purata kadar nahas jalan raya sebanyak 1,351.74 untuk setiap 100,000 penduduk berbanding 537.97 bagi wanita, dan ini membuktikan lelaki 2.5 kali lebih berisiko berbanding wanita.

Bagaimanapun, katanya, Miros mendapati wanita menunjukkan peningkatan kemalangan yang kurang sihat pada 2009 berbanding 2006.

"Jumlah pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan bertambah daripada 26.4 peratus pada 2006 (berbanding lelaki 73.6 peratus) dan telah meningkat kepada 29.7 peratus pada 2009," katanya ketika mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bahawa wanita memandu sambil lewa di jalan raya.

Kenyataan Bung Moktar pada persidangan Dewan Rakyat Isnin lalu telah mencetuskan perdebatan hangat dan membangkitkan kemarahan kaum wanita ke atas kenyataannya itu.


Dalam hubungan ini, Ahmad Farhan berkata, kajian itu juga menunjukkan lelaki dan wanita mempunyai ciri berbeza yang mempengaruhi pemanduan mereka seperti persepsi keselamatan dan keselesaan dalam kereta sendiri.

"Semasa memandu, seorang wanita akan memikirkan beberapa perkara, tetapi memandangkan pemanduan memerlukan gandingan aksi dan reaksi, ada kalanya, sesetengah wanita akan melakukan kesilapan," katanya.

Beliau berkata, dari sudut pemanduan, lelaki pula dikenal pasti memiliki kemahiran lebih tinggi berbanding wanita, dan ini menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan seringkali juga "terlebih yakin" sehingga memandu di luar kawalan serta secara berbahaya.

Bagaimanapun, katanya, kes kemalangan jalan raya kini sering berlaku tanpa mengira jantina.

Tuesday, March 29, 2011

Proton Pesona Terbakar



28 MAC 2011: Keadaan sebuah kereta Proton Pesona yang sedang terbakar selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Km 17, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, dekat Teluk Kemang malam tadi. Bagaimanapun mangsa terselamat dalam kejadian itu. - Utusan/MD.SHAHJEHAN MAAMIN

Pemandu Wanita Merbahaya?



KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.

‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.

Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.

‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.



Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.
Sumber : Utusan

Dari beberapa forum pula mengatakan wanita suka tengok cermin. dari rumah sampai lah dalam kereta,,, asyik tengok cermin... 



eh betul ke ni? rasanya lelaki perempuan semua sama jerr,,, yang penting sikap pemandu dan cara memandu tu yang penting..

Kesedihan Isteri Di Hari Ulang Tahun Suami


TUMPAT - Hasrat seorang isteri untuk meraikan hari jadi suaminya yang bakal disambut beberapa hari lagi berkecai apabila suaminya maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 11 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat kampung Bendang Luas, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Sunny yang dipandu mangsa, Mohd Zain Mohamed, 50, dipercayai dirempuh lori pasir selepas dilanggar oleh kereta jenis Toyota Corrola dari arah belakang.

Mohd Zain, pemborong ikan di Pasar Pasir Mas difahamkan maut dalam perjalanan ke Hospital Tumpat, manakala rakannya itu dikenali Mie cedera parah di kepala dan muka.

Mereka tersepit di tempat duduk masing-masing apabila kereta yang dinaiki mereka hampir ter:perosok di bawah lori terbabit, terseret hampir lima meter lalu terbabas di bahu jalan dan hampir merempuh sebuah kedai runcit.

Difahamkan, kereta mangsa dari arah Wakaf Bharu ketika bersiap untuk memasuki simpang kanan dirempuh oleh kereta Toyota Corrola dari arah belakang menyebabkan kereta mangsa memasuki jalan bertentangan lalu dirempuh lori terbabit yang menghala ke Wakaf Bharu.

Isteri mangsa, Salina Mat Rani, 33, berkata, persiapan untuk meraikan hari jadi suaminya pada Khamis ini dengan hidangan nasi minyak berkecai kerana suaminya telah pergi untuk selama-lamanya.

“Memang kami rancang untuk makan nasi minyak bersama keluarga pada hari jadi suami saya ini, lagi pun itu permintaannya yang mahukan saya masak nasi minyak

“Hajatnya itu tidak kesampaian untuk raikan hari jadinya bersama anak-anak kami,” katanya yang mempunyai dua orang anak, Nur Amirah Husna, 11 dan Mohd Amirul Iman, 5.

Menurutnya, suaminya turun dari rumah agak tergesa-gesa pagi ini (semalam) sehingga tidak sempat mengambil anaknya, Mohd Amirul Iman di tadika.

“Kebiasaannya arwah akan ambil anak kami, Mohd Amirul Iman dulu, baru dia keluar, tetapi hari ini (semalam) dia terus keluar.

“Suami saya keluar jam 10.30 pagi dengan rakannya, Mie dan sempat memberitahu dia ingin ke rumah kawannya di Wakaf Bharu,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 11.52 pagi, dia cuba menghubungi suaminya tetapi gagal kerana tidak berjawab dan cubaan kali kedua berjaya tetapi diangkat oleh seorang anggota bomba yang memaklumkan suaminya terlibat dalam kemalangan.

“Saya terus bergegas ke Hospital Tumpat, tetapi dia telah pergi untuk selama-lamanya,” katanya yang bekerja sebagai kerani di Klinik Perdana Pasir Mas.

Jenazah arwah dikebumikan di tanah perkuburan di kampung keluarganya di kampung Banggol, Pasir Mas.

Anggota Bomba dari Balai Bomba Tumpat dan Pengkalan Kubor ber:sama Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) Tumpat turut membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan kemalangan tersebut dan meminta saksi-saksi kejadian tampil menghubungi Balai Polis Tumpat melalui talian 09-7257222 bagi membantu siasatan.
Sumber : Sinar Harian  29 Mac 2011
 


Tak Sempat Sambut Hari jadi.

TUMPAT - Hasrat seorang lelaki untuk menyambut hari lahir bersama-sama keluarganya tiga hari lagi tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Zain Mohamed, 50, yang juga pemborong ikan di Pasar Pasir Mas meninggal dunia manakala rakannya yang dikenali sebagai Mie, cedera di kepala dan muka.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kereta Nissan Sunny yang dipandu mangsa dari arah Wakaf Bharu dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Corolla.
Sumber: kosmo, 29 Mac 2011

Monday, March 28, 2011

Maut, Rempuh Pokok lagi



IPOH – Kegembiraan sekumpulan lima lelaki yang bersiar-siar di sekitar bandar raya ini bertukar tragedi apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Raja DiHilir, di sini, malam kelmarin.

Salah seorang daripada mereka Amit Pall Singh Balbri Singh, 18, baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 23 Mac lalu, mati di tempat kejadian.

Mangsa yang duduk di sebelah pemandu berasal dari Taman Ria, Bercham, parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.



Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, dalam kejadian jam 9.15 malam itu, kereta jenis Toyota Camry yang dinaiki mangsa cuba mengelak sebuah kereta lain yang tiba-tiba muncul di laluan mereka sebelum hilang kawalan dan merempuh pokok di sebelah kiri jalan.

Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk hadapan parah walaupun memakai tali pinggang keledar manakala, empat rakannya yang lain cedera ringan.

“Mayat mangsa di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala, rakannya turut di bawa hospital sama untuk menjalani rawatan.

“Salah seorang mangsa yang cedera mengalami patah kaki manakala yang lain cedera ringan dan dirawat sebagai sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu dan meminta orang awam yang melihat kejadian itu supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi kejadian pada malam kelmarin mendapati beberapa orang ahli keluarga mangsa yang maut bertengkar dengan pegawai perubatan bertugas kerana tidak percaya bahawa dengan keputusan yang dinyatakan.

Pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala ahli keluarganya tidak dapat menerima kenyataan itu.

Bagaimanapun, perkara itu selesai selepas pihak perubatan membawa mangsa menaiki ambulans ke hospital.

Sempat Mohon Maaf pada Ibu Sebelum Ajal

sambungan entri Berita Dari Akhbar 27 Mac 2011 , " Langgar lari: Dua pelajar sekolah maut"


KANGAR: “Pada malam kejadian, arwah beritahu bapa itu kali terakhir dia membawa motosikal dan mahu bapa menghantarnya ke mana-mana selepas ini,” kata Sharizal Kassim, 28, abang Mohd Hafizi, 17, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Sanglang berhampiran simpang Sungai Padang, dekat sini, malam Jumaat lalu.


Turut maut dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu ialah rakan mangsa yang membonceng motosikal berkenaan, Mohd Shawal Shahabudin, 17, selepas dirempuh dan digilis sebuah lori simen.

Sharizal dari Sanglang, dekat sini, ketika ditemui berkata, adiknya yang parah daripada pinggang ke bawah dan patah tangan kanan akibat digilis lori simen terbabit meninggal dunia di Hospital Tunku Fauziah (HTF), di sini, pada jam 12.40 malam kelmarin.

Katanya, walaupun parah dan kehilangan banyak darah, adik bongsunya itu masih mampu berkata-kata dan meminta maaf kepadanya serta ibu bapa mereka iaitu Kassim Yahya, 70, dan Che Amah Ismail, 68, ketika dalam perjalanan ke hospital.

Sharizal berkata, sebaik dimaklum kejadian itu, dia bergegas ke tempat kejadian dan hampir tumbang apabila melihat adiknya yang parah dengan cebisan daging bertaburan di atas jalan raya, manakala Mohd Shawal sudah tidak bernyawa.

Dalam pada itu, bapa Mohd Shawal, Shahabudin Mohd Noor, 40, berkata, ketika kejadian dia berada di Pulau Pinang sebelum dimaklumkan kejadian berkenaan oleh isterinya.

Katanya, dua hari sebelum kejadian anaknya itu memberitahu ibunya dia ingin dikebumikan di sebelah datuknya jika dia meninggal dunia.

“Saya tidak menyangka itu permintaan terakhirnya. Anak sulung saya itu juga pernah meminta untuk memakai baju Melayu yang digemarinya sebelum kejadian dengan memberi alasan tidak dapat memakainya lagi,” katanya.

Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa menaiki motosikal dan dalam perjalanan dari Kampung Batas Pauh ke rumah Mohd Hafizi di Sanglang, dekat sini.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah lori simen yang membuat pusingan U merempuh motosikal sebelum mereka tercampak ke bawah lori sebelum kedua-duanya digilis lori terbabit.

Difahamkan, pemandu lori terbabit yang juga penduduk berdekatan melarikan diri.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Asisten Superintendan Rosli Yahaya ketika dihubungi, berkata kemalangan itu diklasifikasikan sebagai kes langgar lari.

Katanya, kedua-dua mangsa pelajar di sekolah menengah di Simpang Empat itu dipercayai dilanggar dari belakang. “Lokasi terbabit berbahaya dan gelap pada waktu malam, tambahan ketika itu hujan lebat dan mengehadkan jarak penglihatan penunggang motosikal serta pemandu kenderaan,” katanya.

Menurutnya, sehingga semalam, pemandu lori terbabit belum membuat laporan dan polis masih memburunya. Katanya, saksi yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi 04-9778563.

myMetro
28 Mac 2011

Sunday, March 27, 2011

Rumah dirempuh Nissan Cefiro



27 Mac 2011; SERI KEMBANGAN – “Bunyi letupan kuat seperti bom meletup menyebabkan saya bingkas bangun dari tidur untuk melihat apa yang berlaku sebelum mendapati sebuah kereta ‘tercacak’ depan rumah,” kata M Ganesan, 40, pemilik rumah yang dirempuh sebuah kenderaan awal pagi, semalam.

Ganesan berkata, dalam keadaan panik dia tergamam melihat tembok dinding rumah yang didiami di Taman Puncak Jalil di sini runtuh dan kenderaan yang terbabas hanya beberapa meter dari jarak ruang tamu rumahnya.

Difahamkan, kereta terbabit dipercayai terbabas dan terbang hampir 70 meter dari persimpangan lampu isyarat Taman Puncak Jalil yang terletak di kawasan berbukit sebelum merempuh tembok batu dinding rumah mangsa di Jalan PUJ 1/6.

Kejadian itu menyebabkan dua mangsa yang berada dalam kereta cedera parah dan tembok rumah didiami mangsa runtuh menyembah bumi.

Ganesan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu dia terus ke tingkat bawah rumah teres dua tingkat yang dihuni untuk melihat apa yang berlaku.

“Sebaik membuka pintu depan rumah, saya dapati sebuah kereta jenis Nissan Cefiro berwarna putih berada dalam keadaan tegak dengan bahagian depan terjunam ke lantai.

“Kemudian, saya memeriksa dalam kereta dan mendapati ada dua lelaki dalam keadaan berlumuran darah serta berkemungkinan mengalami patah kaki,” katanya.

Menurut Ganesan, dalam keadaan kelam-kabut itu dia kemudian terus meminta pertolongan jiran menghubungi ambulans untuk menghantar mangsa ke hospital.

“Rempuhan itu menyebabkan paip rumah saya pecah dan air memancut hingga menyebabkan air bertakung seperti banjir. Tiang lampu isyarat turut diseret kereta itu hingga ke dalam kawasan rumah saya.

“Kerugian dianggarkan melebihi RM20,000 berikutan kereta jenis Proton Wira milik saya yang diletakkan di depan rumah turut sama dirempuh,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan, semalam.
Sumber: Sinar Harian

16 Orang Hampir Maut Angkara Kerbau



MERSING 26 Mac - Seramai 14 penumpang bas ekspres dan dua beradik menaiki sebuah van terselamat apabila kenderaan mereka naiki nyaris bertembung angkara sekumpulan kerbau yang melintas.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam tadi itu bermula apabila van yang sarat dengan muatan kain merempuh sekumpulan kerbau berkenaan di Kilometer 7 Jalan Mersing-Endau, dekat sini.

Pada masa sama, sebuah bas ekspres dari arah sama dan cuba mengelak merempuh van itu yang rosak di tengah jalan lalu terbabas ke dalam parit di tepi jalan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan hanya penumpang van, Rugayah Ali, 45, cedera ringan, manakala semua penumpang bas tersebut tidak cedera.

Pemandu van, Hamidan Ali, 41, berkata, ketika melalui jalan itu, dia dikejutkan dengan kelibat haiwan berkenaan yang tiba-tiba keluar dari kawasan semak.

"Kami dalam perjalanan dari Kota Tinggi menuju ke Pekan, Pahang dan kejadian itu berlaku secara tiba-tiba. Nasib baik bas ekspres di belakang sempat mengelak.

"Bas ekspres itu hanya bergesel sedikit dengan van kami sebelum masuk ke dalam parit," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Pemandu bas ekspres, Mohd. Yusof Awang, 47, berkata, kemalangan itu pertama kali menimpa dirinya sepanjang 10 tahun memandu bas ekspres.

"Mujurlah saya sempat mengelak daripada merempuh van itu hingga menyebabkan terbabas ke dalam parit. Kalau tidak, entah apa nasib pemandu serta penumpang berkenaan," katanya

Sumber: Utusan.com.my

Kemalangan Berhampiran Simpang Kampong Lormalong

Dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara perasmian penutupan Kem Padu Anak Malaysia anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Tawau di kawasan Hutan Simpan Madai berhampiran Air Terjun Madai, yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Nilwan Kabang, ADUN N51 Kunak.

Sebuah kereta Avanza (A) berwarna putih dengan 6 orang penumpang termasuk pemandu, telah terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta Kancil (K) yang keluar dari simpang Kg Lormalong. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3:50 petang, Ahad 27 Mac 2011. 

Untuk mengelak kereta yang keluar dari Simpang Kg Lormalong itu, pemandu Avanza mengambil jalan ke sebelah kanannya. Namun, dari arah bertentangan terdapat beberapa kenderaan yang didahului oleh sebuah trak ringan. Pemandu Avanza mengelak pula dari pertembungan dengan trak tersebut tetapi kereta itu terbabas dan naik ke tebing yang agak tinggi. Ia terus meluncur sejauh kira-kira sejauh 20 meter sebelum berpusing dan terbalik ke sisi.
 

 


 Ilustrasi menunjukkan bagaimana kemalangan pada petang 27 Mac 2011
berhampiran Simpang Kg Lormalong berlaku





 Datuk Nilwan (memakai topi) menawarkan bantuan membawa mangsa (baju hitam)
ke hospital.

Sumber dari: http://kunakians.blogspot.com/

Penunggang Motorsikal Maut digilis Lori ( Awas.. entri ini amat meloyakan, dan mengerikan)

Sekali lagi AMARAN..!!! Entri ini mengandungi gambar yang amat meloyakan, dan mengerikan


Kemalangan berlaku di Pulau Pinang.
Mangsa maut ditempat kejadian setelah digilis sebuah lori muatan berat









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my