loading...

Thursday, February 17, 2011

Peniaga maut van dirempuh lori tanah



KULIM: Seorang pemandu van yang membawa muatan buah-buahan maut apabila kenderaan dipandunya dirempuh sebuah lori tanah di Jalan Serdang - Sungai Kechil Ilir berhampiran Kampung Sungai Kechil Ilir dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu pemandu van dikenali sebagai Ibrahim, 52, dalam perjalanan ke Selama untuk berniaga meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan kaki.

Menurut saksi yang enggan dikenali, rakannya yang kebetulan melalui jalan berkenaan terkejut apabila melihat sebuah van remuk teruk di kawasan itu. Katanya, rakannya ternampak sebuah lori tanah terbabas ke dalam hutan manakala terdapat satu mayat berdekatan lori berkenaan.

“Rakan saya memberitahu penduduk kampung mengenai kemalangan ini sebelum menghubungi polis.

“Anggota bomba membantu membawa keluar pemandu lori yang tersepit untuk dihantar ke hospital berdekatan,

Menurutnya, kejadian kemalangan di kawasan itu kerap berlaku berikutan bentuk muka buminya dengan jalan berselekoh dan berbukit.

Sementara itu, menurut sumber polis, siasatan mendapati lori tanah dari arah Serdang hilang kawalan disebabkan masalah brek lalu Katanya, akibat rempuhan itu, van membawa muatan buah-buahan itu remuk teruk manakala lori terbabit terbabas ke dalam hutan bersebelahan jalan.

“Mangsa maut di tempat kejadian dengan kaki sebelah kiri terputus selepas tercampak.

“Pemandu lori yang cedera dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dibawa keluar dari lori dan dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk menerima rawatan,” katanya.

Katanya, van yang remuk merintangi laluan di lokasi kejadian menyebabkan jalan ditutup beberapa jam untuk kenderaan berat.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
sumber :myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my