loading...

Monday, February 28, 2011

Dua Pelajar UUM Maut dirempuh Waja

JITRA, 28 Feb (Bernama) -- Dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) maut manakala seorang parah dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan di Jalan Sintok-UUM di sini kira-kira pukul 7 pagi ini.



Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu DSP Ibrahim Mohd Yusuf berkata kemalangan itu berlaku semasa tiga penuntut itu dalam perjalanan dari UUM menuju ke Hotel EDC-UUM untuk menghantar rakan mereka membuat latihan praktikal di situ.

"Semasa kejadian, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil sedang berhenti di persimpangan untuk membelok ke Hotel EDC-UUM.

"Sebuah kereta Proton Waja yang datang dari arah bertentangan melanggar kereta mereka, menyebabkan dua mangsa maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita pada hari Isnin.



Mangsa yang maut ialah Lim Hsiao Pei, 23, dan Teh Chiew Sien, 23, manakala rakan mereka yang cedera ialah Lim Seow Chin, 23.

"Kedua-dua mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di kepala dan tengkuk. Pemandu kereta Proton Waja turut cedera dan dirawat di Hospital Jitra," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jitra manakala rakan mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah.

Ibrahim berkata mayat Hsio Pei telah dituntut oleh keluarganya dan dibawa pulang ke Sungai Petani manakala mayat Teh juga telah dituntut keluarganya dan dibawa ke Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my