loading...

Tuesday, August 19, 2014

Tiga Tentera Maut Terlibat Kemalangan


19 Ogos 2014, Kuantan: Tiga anggota tentera maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam satu kemalangan di Batu 3, Jalan Gambang, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 malam itu, kesemua mangsa tercampak keluar dari kenderaan berkenaan menyebabkan Mohd Fahmi Jap, 23, Mohd Ilias Abu Seman, 23, dan Mohd Faizal Zainol, 26, maut di tempat kejadian manakala Shamzuri Awang, 23, parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Deputi Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, ketika kejadian kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Honda dalam perjalanan dari bandar ini pulang ke Kem Batu 10, di sini.

"Setibanya di tempat kejadian kenderaan berkenaan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok dan masuk ke dalam longkang.


"Rempuhan itu menyebabkan kereta itu remuk teruk dan kesemua mangsa tercampak keluar secara berasingan menyebabkan tiga daripada mereka maut serta merta di tempat kejadian," katanya.


Siasatan awal mendapati, kereta berkenaan dipercayai dipandu laju dan keadaan jalan yang licin akibat hujan lebat.




Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tigaperwiramaut/Article/
http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Tiga_Tentera_Maut_Seorang_Parah_Terlibat_Kemalangan.html#.U_Mlq8WSzD4



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my