loading...

Wednesday, March 30, 2011

Anak 4 Tahun Maut Dilanggar Jiran

Al Fatihah....


KLANG: “Saya sedang tutup pintu pagar rumah sambil kendong anak kedua. Tiba-tiba terdengar bunyi ‘bum’ dan bila toleh, anak pertama saya terbaring di atas jalan,” kata Che Wan Nor Al Fatihah Che Wan Othman, 26, ibu kepada Muaz Hakimi Mohd Faisal, 4, yang maut di depan rumahnya akibat dilanggar kereta jiran, semalam.

Kejadian berlaku di Lorong Klang Perdana 2C, Taman Klang Perdana, Sementa, Kapar kira-kira jam 5.30 petang kelmarin dan kanak-kanak itu maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketika kejadian, mangsa seronok menunggang basikal dilanggar Toyota Innova milik jirannya dipercayai dalam perjalanan mengambil anaknya di sekolah, kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.

Che Wan Nor Al Fatihah berkata, selepas melihat Muaz Hakimi terbujur kaku dan berlumuran darah, dia berlari mendapatkan mangsa biarpun masih menggendong anak keduanya, Muhammad Faiz yang berusia setahun enam bulan.

“Saya hanya mampu meraung sekuat hati selepas melihat dia tidak bernyawa. Baru beberapa saat sebelum itu dia berada di depan saya, tapi dalam sekelip mata dia meninggalkan saya untuk selama-lamanya,” katanya.


Che Wan Nor Al Fatihah dan suami, Mohd Faisal Mohd Affandi, 32, baru tiga bulan tinggal di rumah yang baru dibeli mereka itu. Sebelum ini pasangan berkenaan menyewa di Teluk Gong, Pandamaran.

Difahamkan, sebelum kejadian, Che Wan Nor Al Fatihah bersama dua anaknya itu keluar bertemu jiran yang berkumpul di simpang jalan sambil mengambil angin petang di kawasan perumahan berkenaan.

Che Wan Nor Al Fatihah berkata, malam sebelum kejadian anaknya menunjukkan perubahan sikap dan beberapa kali terjaga daripada tidur pada awal pagi dan menangis.

“Dia macam takut-takut dan selepas saya tenangkannya dia kembali tidur. Tak sangka itu petanda dia meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Mohd Faisal yang bekerja sebagai pemandu lori di Pelabuhan Klang berkata, sejurus dihubungi jiran, dia bergegas pulang ke rumah.

“Saya syak anak saya kemalangan selepas melihat orang ramai mengelilingi berhampiran rumah saya.

“Selepas melihat keadaan anak saya, fikiran saya kosong dan tak mampu berkata apa-apa. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam dua jam sebelum kejadian, anak sulungnya itu mencium dan melambai tangan ketika dia mahu keluar rumah untuk ke tempat kerja.

“Pagi sebelum kejadian, saya, arwah dan anak kedua ke kolam memancing tidak jauh dari sini dan dia begitu seronok sekali melihat ikan sambil sesekali mengusik adiknya.

“Tapi semua itu hanya tinggal kenangan dan saya perlu tabah dan terima hakikat dia pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya,” katanya pilu.

Mohd Faisal berkata, dua tiga hari lalu, anaknya turut menunjukkan perubahan sikap.

“Bila dengar azan, dia ikut melaungkan azan,” katanya.

Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Kampung Sementa, selepas solat Zuhur, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan mendapati mangsa dilanggar dan diseret kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.

“Laporan bedah siasat mendapati mangsa parah di kepala yang membawa kepada kematiannya,” katanya.

Sumber : Metro Harian

Punca Kemalangan, Lelaki Atau Perempuan?

Post ini berkaitan dari entri  Pemandu Wanita Merbahaya?

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) sebenarnya Lebih Ramai Lelaki Kemalangan Berbanding Wanita - MIROS



emm... macam tu pula, jom kita baca artikel dari mStar Online....

30 Mac 2011; KUALA LUMPUR: Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita.

Ketua Pengarah MIROS, Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam satu kenyataana hari ini berkata, kajian itu turut disokong statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan sejumlah 244,336 kemalangan membabitkan pemandu lelaki berbanding 103,153 bagi wanita, pada 2009.



Mengambil kira bilangan penduduk, beliau berkata lelaki mempunyai purata kadar nahas jalan raya sebanyak 1,351.74 untuk setiap 100,000 penduduk berbanding 537.97 bagi wanita, dan ini membuktikan lelaki 2.5 kali lebih berisiko berbanding wanita.

Bagaimanapun, katanya, Miros mendapati wanita menunjukkan peningkatan kemalangan yang kurang sihat pada 2009 berbanding 2006.

"Jumlah pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan bertambah daripada 26.4 peratus pada 2006 (berbanding lelaki 73.6 peratus) dan telah meningkat kepada 29.7 peratus pada 2009," katanya ketika mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bahawa wanita memandu sambil lewa di jalan raya.

Kenyataan Bung Moktar pada persidangan Dewan Rakyat Isnin lalu telah mencetuskan perdebatan hangat dan membangkitkan kemarahan kaum wanita ke atas kenyataannya itu.


Dalam hubungan ini, Ahmad Farhan berkata, kajian itu juga menunjukkan lelaki dan wanita mempunyai ciri berbeza yang mempengaruhi pemanduan mereka seperti persepsi keselamatan dan keselesaan dalam kereta sendiri.

"Semasa memandu, seorang wanita akan memikirkan beberapa perkara, tetapi memandangkan pemanduan memerlukan gandingan aksi dan reaksi, ada kalanya, sesetengah wanita akan melakukan kesilapan," katanya.

Beliau berkata, dari sudut pemanduan, lelaki pula dikenal pasti memiliki kemahiran lebih tinggi berbanding wanita, dan ini menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan seringkali juga "terlebih yakin" sehingga memandu di luar kawalan serta secara berbahaya.

Bagaimanapun, katanya, kes kemalangan jalan raya kini sering berlaku tanpa mengira jantina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my