loading...

Tuesday, June 19, 2018

Bas Terbalik Di Lebuhraya Karak



SEORANG mangsa meninggal dunia manakala dua lagi parah selepas bas ekspres terbalik dalam kemalangan di Kilometer 33.3 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur berhampiran Gombak, 6.30 petang, hari ini.




Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Pasukan penyiasat masih berada di lokasi dan masih belum diketahui jumlah sebenar mangsa yang terbabit,” katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada 6.34 petang.

“Satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa.

“Setakat ini punca kejadian dipercayai akibat bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik,” katanya.

Katanya, setakat ini pihaknya menerima laporan seorang sahaja mangsa meninggal duni, dua mangsa parah akibat tersepit.

“Bas berkenaan membawa 42 penumpang dalam perjalan ke Kuala Lumpur. Sehingga kini operasi menyelamat mangsa sedang dijalankan,” katanya.

Friday, June 15, 2018

Pemandu cedera bas terbabas



LELAKI cedera selepas bas persiaran dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar pagar jambatan di susur Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian pada 4 petang itu, pemandu bas berusia 48 tahun cedera di bahagian kaki.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, sebaik tiba di lokasi, bas dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas.

“Sebaik terbabas, bas persiaran itu melanggar pagar jambatan di lokasi kejadian menyebabkan mangsa cedera di bahagian kaki,” katanya ketika dihubungi.

Azman berkata, ketika kejadian, tiada penumpang berada di dalam bas berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku akibat masalah brek,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my