loading...

Monday, September 30, 2013

Anggota polis bermotosikal maut ketika meronda

30 September 2013
LANGKAWI - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika melakukan rondaan di Jalan Pantai Cenang di sini pagi tadi.
 
Sementara itu, seorang lagi anggota polis cedera ringan dalam kejadian 4.10 pagi itu.
 
Mangsa, M Kalaiselvan, 27, dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Padang Matsirat dipercayai dirempuh kereta jenis Suzuki dipandu seorang lelaki warga Iraq berusia 36 tahun yang cuba memotong kenderaan di hadapan.
 
Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Langkawi di sini.
 
Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harith Kam Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta itu memasuki lorong bertentangan untuk memotong sebuah kereta lain di hadapan tetapi bertembung dengan motosikal mangsa.

Katanya seorang lagi anggota yang membuat rondaan bersama mangsa, Konstabel Sokongan Mohd Hafefe Jamaludin sempat melompat dari motosikal yang ditunggangnya sebelum terkena rempuhan dan hanya mengalami cedera ringan.
 
"Warga Iraq itu dipercayai berada di sini sejak setahun lalu dan bekerja di sebuah syarikat pelancongan di daerah ini. Dia menyewa kereta itu sebelum terbabit dalam kemalangan itu.
 
"Pemandu itu kini direman sehingga 2 Oktober mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian," kata Harith. - Bernama


Pelayan bar maut rempuh tembok



30 September 2013
PUCHONG - Tidak sampai lima minit bergerak meninggalkan tempat kerjanya, seorang pelayan bar maut apabila kereta dipandu merempuh konkrit pembahagi jalan di pusingan U Kilometer 23.2 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), awal pagi semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, mangsa dikatakan memandu sendirian dari sebuah kelab hiburan di Setia Walk, Pusat Bandar Puchong menghala ke rumahnya.

Ketika membuat pusingan U, mangsa dipercayai tidak membelok kenderaannya menyebabkan berlaku rempuhan kuat antara kereta mangsa dengan tembok pembahagi jalan.

Akibatnya,  C Vishnu, 22, yang memandu kereta Proton Wira tersepit dan mengalami kecederaan parah.

Sumber polis berkata, siasatan awal  mendapati  kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu hilang  kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.

Menurutnya, tiada kesan brek ditemui di jalan dua lorong jejambat pusingan U menuju ke arah Damansara itu.

“Kereta mangsa merempuh konkrit itu dengan kuat, dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan,” katanya.

Bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Serdang. Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.

Sementara itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-80742222 untuk membantu siasatan.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/maut-rempuh-tembok-1.207032
hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemandu_penunggangmautakibatpusinganU/Article/index_html



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my