loading...
Sunday, January 6, 2013
20 minit menderita kesakitan
7 Januari 2013
ALOR GAJAH - Dua sahabat terpaksa bertahan selama lebih 20 minit selepas terperangkap dalam kemalangan di Kilometer 217 Lebuhraya Utara - Selatan, di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Lee Yong Ling, 33, bersama rakan, Loh Yim Keong, 34, dari Kuala Lumpur ke Melaka hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan hingga kenderaan merempuh pengadang besi, tembok curam dan papan tanda.
Menurut sumber, ketika kejadian kereta dinaiki mangsa berada di laluan kedua dan masuk ke laluan kiri namun muncul sebuah kereta memasuki laluan di hadapan kereta mangsa sebelum terbabas.
"Mangsa gagal mengawal kenderaan sehingga merempuh pengadang besi lebuh raya dan papan tanda.
"Kedua-dua mangsa terpaksa bertahan selama lebih 20 minit tanpa dibantu sesiapa berikutan keadaan sekeliling yang terlalu gelap tidak disedari pengguna lebuh raya lain," katanya, di sini semalam.
Ketua Skuad JPAM Alor Gajah, Saiful Nazmi Said berkata, JPAM menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira 3.35 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mangsa sudah pun terbaring di tebing jalan.
"Penumpang yang mengalami pendarahan pada telinga dan hidung diberikan rawatan di tempat kejadian manakala pemandu patah tangan dan bahu kanan serta cedera di lutut sebelah kiri dipercayai berlaku hentakan kuat ketika merempuh papan tanda.
“Kedua-dua mangsa ditenangkan oleh anggota JPAM dan orang awam yang berhenti ketika dirawat sebelum mereka dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, pagi semalam.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tahan-sakit-selama-20-minit-1.118697
Arwah berkeras mahu menghantar adik
Inalillahi wainailaihi rojiun
7 Januari 2013
KLANG SELATAN – “Arwah berkeras mahu menghantar adik saya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menaiki motosikalnya walaupun adik menolak beberapa kali, namun desakan arwah membuatkan adik dan kami semua akur,” demikian cerita Nasrullah, 25, berkenaan perangai pelik bapa saudaranya, Muhammad Sufyan Ahnaf Ahmad Jais, 26, beberapa jam sebelum dia meninggal dunia akibat kemalangan di selekoh berhadapan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Jambatan Kota, di sini semalam.
Sebelum itu, Nasrullah berkata, sekitar jam 3 pagi, adiknya, Mohd Nazrin terjatuh motosikal di kawasan Shah Alam itu mengalami kecederaan di bahagian lutut.
“Saya, arwah dan rakan lain di situ cuba merawat adik bagaimanapun arwah menawarkan diri untuk menghantar adik ke hospital menaiki motosikalnya.
“Awalnya adik enggan bagaimanapun akhirnya adik akur lalu membonceng motosikal arwah pada masa sama kami turut mengiringi mereka ke hospital,” katanya.
Sementara menunggu adiknya mendapatkan rawatan menurutnya, arwah kelihatan muram bagaimanapun dia sempat berseloroh bersama rakan lain.
“Ketika minum di kantin HTAR arwah mendiamkan diri bagaimanapun kami tidak menyedari itu petanda dia bakal meninggalkan kami semua.
“Selesai rawatan, kami pulang dan arwah menunggang motosikal seorang diri sementara adik menaiki kereta bersama saya sambil memandu secara beriringan dengan lima rakan lain,” katanya yang ingin pulang ke Batu 4, Jalan Kapar.
Nasrullah berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia nampak sebuah kereta Proton Saga BLM yang berada di laluan kanan secara tiba-tiba memasuki laluan kedua ketika melalui selekoh agak tajam lalu merempuh bahagian belakang motosikal arwah.
“Saya nampak arwah hilang kawalan lalu motosikalnya merempuh penghadang batu sebelum merempuh tiang lampu.
“Dari jauh saya nampak dia tercampak ke jalan raya bersama motosikalnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa yang juga seorang mekanik beralamat di Sungai Kapar Indah meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika dia bersama rakannya menghala ke Pusat Bandar Klang.
Sementara itu, Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pemuda-maut-motosikal-dirempuh-kereta-1.118692
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)


