loading...

Wednesday, December 5, 2012

Pandu uji maut


Inalillahi wainailaihi rojiun

5 Disember 2012
SABAK BERNAM - Hasrat dua rakan menguji enjin kereta yang baru ditukar tidak kesampaian apabila kenderaan dipandu mereka terbabas ketika di selekoh berhampiran Jalan Teluk Rhu, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Noor Mushar Mohammad berkata, kereta Ford dipandu mangsa, Yusof Kusni, 42, dan Kamarul Ariffin Ahmad Hadi, 27, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik ketika dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang berkenaan.

Menurutnya, berikutan rempuhan itu kenderaan berkenaan kemudiannya terbabas sehingga masuk ke parit berhampiran kawasan kejadian.

“Mangsa tidak dapat mengawal kenderaan ketika tiba di selekoh sehingga menyebabkan kenderaan mereka merempuh tiang elektrik berkenaan.

“Akibat rempuhan itu mangsa mati serta merta di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian dada disebabkan impak kuat manakala rakannya, Kamarul maut ketika menerima rawatan di hospital Hospital Tengku Ampuan Jemaah,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Noor Mushar berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang l aporan berhubung kejadian kemalangan berkenaan sehingga kini.

Katanya, pihaknya masih menanti laporan daripada saksi atau orang awam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Sabak Bernam, Abdul Nasir Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) sekitar jam 2.11 petang berhubung kejadian berkenaan.

“Bomba dengan kekuatan tujuh anggota mengambil masa 10 minit mengeluarkan mangsa dalam operasi menyelamat tersebut,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tragedi-uji-enjin-baru-1.109836


Maut terbabas

Inalillahi wainailaihi rojiun

5 Disember 2012
KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Honda dipandunya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 108.5 Lebuhraya Pantai Timur dekat Temerloh, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Aizat Syahmi Mazlan, 23, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh akibat kecederaan parah dialaminya.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.10 pagi itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan.

“Tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang kecil di kiri jalan dengan keempat-empat tayar di atas.

“Berikutan kejadian itu, mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan dikejarkan ke Hoshas,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan, semalam.

Mohamed Fauzi berkata, mangsa yang cedera parah bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital terbabit.

Menurutnya, mayat mangsa yang berasal dari Bachok, Kelantan itu dibedah siasat di hospital sama.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/lelaki-maut-kereta-terbabas-terbalik-1.109920


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my