loading...

Sunday, July 8, 2012

Suami Tercampak Isteri Tersepit



MUAR  - Seorang wanita terpaksa menahan sakit selama 30 minit akibat tersepit setelah kereta yang dipandu suaminya terlibat dalam kemalangan di Jalan Muar-Labis, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu berlaku kira-kira 200 meter dari simpang empat Sungai Terap.

Rohana Mahmud, 36, tersepit di tempat duduk sebelah pemandu kerana kereta Kancil yang dinaikinya dirempuh dari arah belakang oleh lori seberat tiga tan, manakala suaminya tercampak ke atas jalan raya.

Lebih malang lagi apabila dalam keadaan cemas itu, datang pula sebuah kereta Wira dari arah bertentangan dan merempuh Kancil yang dinaiki suami isteri berkenaan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan cuba membantu Rohana yang tersepit, tetapi tidak berjaya.

Salah seorang saksi kejadian, Khairil Rizal Abdul Hadi, 33, yang memandu dari arah bertentangan berkata, kereta Kancil dari arah Muar itu memberi isyarat masuk ke kanan sebelum dirempuh lori berkenaan.

“Kemudian datang kereta Wira yang dipandu seorang wanita dari arah bertentangan melanggar kereta Kancil tersebut.

“Setelah melihat mangsa sukar dikeluarkan, orang ramai kemudian menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Abdul Rahman Taib ketika dihubungi berkata,  pihaknya menerima panggilan jam 8.13 pagi dan berjaya mengeluarkan mangsa tersepit kira-kira 20 minit kemudian.

“Mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan.

“Selain Rohana yang patah kaki kanan, semua mangsa terlibat hanya mengalami cedera ringan dan keadaan tersebut membuatkan jalan sesak lebih satu kilomter di kedua-dua laluan,” katanya


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/wanita-tersepit-30-minit-patah-kaki-kanan-1.64560

Langar Lari di Tanjung Musang

Inalillahi wainailaihi rojiun 
 
ALOR SETAR - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta di Jalan Langgar-Tanjung Musang di sini malam tadi.
  
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa Mohd Asri Samsudin, 46, dalam perjalanan ke rumah ibunya di Kampung Tok Salam, Jalan Naka selepas pulang dari kerja.
  
Adik mangsa, Siti Mariam, 44, berkata dia dimaklumkan bahawa abangnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta dan terjatuh sebelum dilanggar pula oleh sebuah motosikal lain dan meninggal dunia di tempat kejadian.
  
"Kereta yang melanggar abang saya itu telah melarikan diri manakala penunggang motosikal itu kini dirawat di hospital ini kerana patah kaki," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.
  
"Apa yang menyedihkan, hari ini adalah hari lahirnya yang ke-46," kata Siti Mariam.
  
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata, "Kereta yang melanggar mangsa tiada di tempat kejadian dan pihak kami mempercayai ini sebagai kes langgar lari". - Bernama


Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/lelaki-maut-dalam-kejadian-langgar-lari-di-alor-setar-1.64703

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my