loading...

Tuesday, September 27, 2011

Pekerja DBKU Maut Sebelum Bersara



KUCHING: Pemandu yang bekerja di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang akan bersara pada Rabu ini maut dalam kemalangan jalan raya selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Bau, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Ben Ahie Gimen, 57, dari Kampung Suba, Bau meninggalkan seorang isteri dan lima anak yang berumur 14 hingga 23 tahun.

Kemalangan berlaku sekitar jam 11 pagi di Jalan Musi di Bau ketika mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sebuah majlis perpisahan yang di-anjurkan oleh rakan-rakannya.

Beberapa hadiah juga telah ditemui di dalam kereta mangsa dipercayai diberikan oleh rakan-rakannya.

Selain kereta mangsa dan sebuah lori, kemalangan turut melibatkan sebuah van yang membawa beberapa penumpang.

Menurut pemandu van, kemalangan berlaku secara mengejut apabila kereta dipandu mangsa bertembung dengan sebuah lori.

Namun, usahanya untuk mengelak daripada terlibat dalam kemalangan tersebut gagal apabila van yang dipandunya terlanggar belakang kereta mangsa.

Bagaimanapun, kesemua penumpang van terbabit selamat.

Pemandu lori yang berusia 50 tahun bagaimanapun di- tahan polis untuk siasatan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala dan patah tulang.

Pasukan penyelamat meng-ambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kende-raannya sebelum menghantar mayatnya ke Hospital Umum Sarawak.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas mencecah sepanjang dua kilometer.

Anak perempuan mangsa yang berusia 21 tahun ketika ditemui pemberita memberitahu, ayahnya memikirkan untuk tidak hadir majlis perpisahan tersebut kerana tidak sihat namun merancang untuk mendapatkan rawatan dengan doktor selepas menghadiri majlis.

Mangsa telah bekerja di DBKU selama 21 tahun




Sumber: theborneopost

Monday, September 26, 2011

Rakyat Indonesia Maut Dirempuh Kereta


PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki warga Indonesia yang mengayuh basikal tanpa mementingkan aspek keselamatan membawa padah apabila dia maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di persimpangan SS 1/10 berhampiran SS 1/13 di sini semalam.

Kejadian pukul 2 petang itu menyebabkan Hanadin Hosin, 59, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan patah tengkuk.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila Hanadin gagal memperlahankan basikal tersebut ketika hendak menuruni bukit di persimpangan itu ekoran mengalami masalah brek.

Kawasan itu dikatakan sering berlaku kemalangan.

Sebaik dirempuh kereta jenis Honda Accord itu, mangsa terus terperosok di bawah perut kereta itu lalu meninggal dunia.

Pegawai Penyiasat Trafik Petaling Jaya, Inspektor Mohd. Firdaus Razak berkata, pihaknya sedang mencari waris mangsa ekoran alamat yang ditemui pada dokumen perjalanannya di Kampung Kastam, Brickfields tidak menemui sesiapa.

“Kawasan itu telah dibangunkan untuk projek pembinaan dan tiada sesiapa lagi yang tinggal di situ,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Polis turut mengambil keterangan pemandu kereta itu sebelum dia dibebaskan.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung waris Hanadin diminta menghubungi Balai Polis Petaling Jaya di talian 03-79662222 sambungan 2268 untuk membantu siasatan.

Sumber: Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my