Friday, November 15, 2013

3 maut 2 parah Bertembung Lori



Inalillahi wainailaihi rojiun

16 November 2013
Tawau: Tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia setahun terbunuh selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori 10 tan dalam kejadian di Jalan Bombalai-Merotai, dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika kereta dinaiki lima sekeluarga bertembung dengan sebuah lori 10 tan dan dua lagi anggota keluarga terbabit cedera parah.


Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, ketika kejadian keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Kalabakan, dekat sini.

Menurutnya, mangsa Hasan Batin, 60, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian manakala Zaimah Kahar, 40, dan Sayyid Muhammad Ibnu Qayyim Rogiman, satu tahun, meninggal dunia di Hospital Tawau.


Katanya, ibu bapa Sayyid Muhammad Ibnu Qayyim, Rogiman Syed Aidit, 25, dan Arnizah Kamis, 26, mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan lanjut di hospital sama. Mereka berada dalam keadaan stabil.


“Siasatan awal mendapati kereta Proton Saga yang dipandu Rogiman bertembung dengan lori 10 tan yang dipercayai gagal memasuki laluan kiri selepas memintas sebuah kenderaan lain.

“Gara-gara gagal melepasi kenderaan di hadapan, lori tanpa muatan itu merempuh kereta yang dinaiki mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurut Awang Besar, salah seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala dua lagi termasuk bayi terbabit meninggal dunia di Hospital Tawau di sini.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Loribawabala/MA/Article/index_html



No comments:

Post a Comment