Monday, September 30, 2013
Kepala putus tercampak 30 meter
Inalillahi wainailaihi rojiun
30 September 2013
Dungun: Seorang wanita sarat mengandung lapan bulan bersama bayi sulung antara tiga yang maut, selepas kereta dipandu suaminya merempuh motosikal dalam kemalangan dekat Bukit Sejuk di sini, petang kelmarin.
“Ayah mengelak ke kiri jalan dalam usaha menyelamatkan diri, namun kereta itu berpusing dan merempuhnya,” kata Muhammad Keeri Mohd Nor, 19, menceritakan kemalangan yang mengorbankan ayahnya di Kilometer 23, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat Bukit Sejuk, di sini, kelmarin.
Kemalangan ngeri jam 6.40 petang itu menyebabkan ayahnya, Mohd Nor Samat, 61, peneroka FELDA Kerteh 4, yang menunggang motosikal putus kepala dan tercampak 30 meter dari tempat kejadian.
Turut terbunuh dalam kemalangan itu penumpang kereta, Wan Ayuzita Wan Yusof, 23, yang mengandung lapan bulan serta anak sulungnya Mohamad Amizi Azmi berusia setahun manakala suaminya yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback, Azmi Mohamad, 41, serta dua anak saudaranya Mohd Arif Basri Adnan, 11, dan Ahmad Amizan Akmal Ibrahim, 14, hanya cedera ringan.
Muhammad Keeri berkata, sebelum kejadian, dia bersama ayah, ibunya, Khatijah Wang, 56, isterinya Siti Nor Azizah Mohamad, 17 dan empat adik-beradik ke kebun di Kampung Apu tidak jauh dari tempat kejadian.
“Kami sekeluarga bersama ayah membersihkan kebun sejak jam 8 pagi dan sempat makan nasi bersamanya.
Peneroka FELDA Kertih 4, Mohd Nor Samat, 61, yang menunggang motosikalnya sendirian, maut dalam keadaan mengerikan di lokasi apabila kepalanya yang terputus turut tercampak 30 meter, sejurus dirempuh kereta itu.
Suami Ayuzita, Azmi Mohamad, 41, serta dua anak saudara mereka, Mohd Arif Basri Adnan, 11, dan Ahmad Amizan Akmal Ibrahim, 14, cedera dan kini dirawat di Hospital Dungun.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan, Ahmad Zailani Yaacub, berkata kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Azmi, hilang kawalan ketika melalui selekoh di lokasi, sebelum melanggar besi penghadang jalan di laluan sebelah kanan.
“Kereta terbabit dipercayai berpusing beberapa kali sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang peneroka terbabit yang datang dari arah bertentangan.
“Semua penumpang kereta yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Dungun. Semua mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.
Ayah dirempuh depan mata
Kemalangan yang menimpa Mohd Nor itu disaksikan anak dan menantunya, Muhammad Keeri, 19, dan isterinya, Siti Nor Azizah Mohamad, 17, yang menunggang motosikal berasingan mengekori di belakangnya.
“Saya sempat melihat kereta terbabit terbabas masuk ke laluan kanan jalan dan melanggar besi penghadang dan merempuh ayah. Sebelum dilanggar, saya lihat ayah cuba mengelak tetapi tidak berhasil,” katanya.
Al-Fatihah
Sumber:
hmetro.com.my/articles/Nahaskepalaputus//Article?HarianMetro
nst.com.my/latest/three-including-pregnant-woman-killed-in-car-motorcyle-crash
bharian.com.my/bharian/articles/Wanitahamil_anak12bulanantara3maut/Article/index_html
No comments:
Post a Comment