Sunday, August 11, 2013
Maut tersepit bertembung lori
12 Ogos 2013
SEREMBAN - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori dari laluan bertentangan di kilometer 4 Jalan Siliau Rantau, Kampung Sega, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.05 pagi itu, mangsa R Ramas, 34, meninggal dunia di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Le berseorangan dipercayai dari arah Siliau, Rantau.
“Bagaimanapun kereta dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.
“Kejadian itu mengakibatkan kereta dipandu mangsa dirempuh sebuah lori jenis Isuzu seberat satu tan,” katanya.
Menurutnya, perlanggaran secara berhadapan itu menyebabkan mangsa tersepit dan maut serta merta.
“Mangsa dan pemandu lori yang mengalami cedera parah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/lelaki-maut-kereta-hilang-kawalan-1.191185
No comments:
Post a Comment