Sunday, July 21, 2013
Pesara polis maut dirempuh
Inalillahi wainailaihi rojiun
21 Julai 2013
KOTA BHARU - Seorang pesara polis maut dalam kemalangan di Jalan Padang Kala, Melor, di sini, kira-kira jam 6.15 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa, Deraman Ishak, 77, mati di tempat kejadian apabila motosikal yang ditungganginya itu bertembung dengan sebuah kereta.
“Semasa kejadian itu mangsa dikatakan baru pulang dari masjid selepas menunaikan solat Asar. Menurut pemandu kereta di lorong kanan jalan, mangsa didakwa datang dari arah tepi kiri jalan dan tiba-tiba menukar haluan ke kanan dan cuba brek tetapi hilang kawalan,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk dibedah siasat.
Anak mangsa, Norbi Deraman, 49, berkata, pada hari kejadian dia bersama ayahnya ke masjid yang sama untuk menunaikan solat Asar.
“Bagaimanapun kami pergi berasingan dan pada waktu itu ayah keluar lebih awal dari masjid berbanding saya.
“Sehinggalah saya diberitahu oleh salah seorang jemaah masjid yang datang ke rumah memberitahu ayah terlibat dengan kemalangan,” katanya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu.
Dia berkata, masjid yang terletak 500 meter dari rumah mereka itu dikunjungi setiap hari oleh arwah ayahnya untuk menunaikan solat.
Norbi berkata, arwah merupakan bekas koperal dan pencen pada tahun 1986 itu mempunyai 17 orang cucu dan meninggalkan balu, Rahmah Mahmood, 70. Jenazah Deraman dikebumikan pada jam 2 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Kuin Melor.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/pesara-polis-maut-dilanggar-1.184927
No comments:
Post a Comment