Tuesday, July 30, 2013

Nahas suami terlelap

Inalillahi wainailaihi rojiun

30 Julai 2013
Bentong: Akibat terlelap hanya beberapa saat, seorang wanita terbunuh selepas Toyota Corolla dipandu suaminya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 4.6, Jalan Bentong-Karak, dekat sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah malam, mangsa, Sariza Abu Samah, 46, dari Taman Bentong Makmur, dekat sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.


Manakala, suami mangsa, Saperi Din, 48, bersama tiga anak, Mohd Danish Iman, 14, Nur Dania Huda, 10, dan Nur Deeba Husna, empat tahun masing-masing mengalami kecederaan ringan dikejarkan ke Hospital Bentong (HB) bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, polis tidak menolak kemungkinan suami mangsa dipercayai terlelap ketika memandu sebelum kenderaan itu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung sebuah pacuan empat roda.

"Dalam nahas 1 pagi semalam, mangsa dalam perjalanan dari Karak menuju ke Bentong. Sampai di tempat kejadian, dipercayai kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengantrak pikap itu," katanya di sini hari ini.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/2013073006113920130730061139/Article



No comments:

Post a Comment