Sunday, July 28, 2013
Kejutan lepas solat Tarawih
28 Julai 2013
PARIT BUNTAR - Lebih kurang 20 jemaah yang baru sahaja selesai menunaikan solat Tarawih di sebuah masjid di Jalan Baharu, Tanah Kebun di sini dikejutkan dengan satu kemalangan membabitkan sebuah kereta, malam kelmarin.
Saksi kejadian, Mamat Khairudin, 23 memaklumkan, kereta berkenaan hilang kawalan semasa tiba di tempat kejadian lalu terbabas dan melanggar sebatang tiang elektrik berdekatan masjid berkenaan.
Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 10 malam dan ketika itu dia bersama jemaah lain dikejutkan dengan bunyi geresan tayar serta dentuman kuat.
"Kami baru melangkah keluar masjid pada ketika di kejutkan oelh bunyi geseran tayar dan dentuman kuat berpunca dari sebuah kereta yang berlanggar dengan sesuatu.
"Kami bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat sebuah kereta jenis Perodua Myvi remuk teruk di bahagian hadapan berikutan pelanggaran kuat dengan sebatang tiang elektrik berhampiran kawasan masjid," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin.
Tambah Mamat, lebih kurang lima minit kemudian dia bersama beberapa orang awam melihat pemandu kereta berkenaan yang berusia lingkungan 20-an merangkak keluar dari kenderaan melaui tingkap di sebelah tempat duduk pemandu.
Katanya, tanpa bertangguh dia bersama orang ramai yang berada ditempat kejadian segera memberi bantuan sewajarnya kepada pemandu terbabit.
"Kami bawa pemandu kereta berkenaan ke klinik berdekatan untuk rawatan pesakit luar kerana dia hanya mengalami kecederaan ringan.
"Saya difahamkan brek kereta terbabit tidak berfungsi, menyebabkan ia gagal dikawal dan terbabas di tempat kejadian. Nasib baik pemandunya memakai tali pinggang keledar semasa kejadian," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes berkenaan masih disiasat.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/kejutan-lepas-solat-tarawih-1.187564
No comments:
Post a Comment