Monday, October 29, 2012

Padah tidak memakai topi keledar



Inalillahi wainailaihi rojiun

29 Oktober 2012
PARIT BUNTAR - Seorang remaja sekolah maut, seorang lagi tercedera manakala seorang lagi mangsa menghilangkan diri apabila tiga motosikal yang ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 5, Jalan Sempadan di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Mohd Amirrul Ashraff, 16, menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari kawasan pekan Parit Buntar ke arah Tanjung Piandang.

Menurutnya, kenderaan yang ditunggang mangsa dipercayai melanggar sebuah motosikal jenis sama yang ditunggang seorang lelaki dari arah belakang.

"Mangsa kedua, Mohd Yaakob Che Rose, 48, ketika itu memberhentikan motosikal untuk memasuki simpang rumah seorang rakannya di laluan tersebut terbaring di bahu jalan setelah dilanggar sebuah motosikal dari arah belakang.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Sungai Chenaam, Nibong Tebal tercampak ke seberang jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, manakala Mohd Yaakob hanya mengalami cedera ringan," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.

Kata beliau, kini polis masih menyiasat identiti mangsa ketiga yang dipercayai menghilangkan diri dan meninggalkan motosikal jenis Suzuki di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Jelasnya, kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan dengan bantuan orang awam.

“Bagaimanapun, Mohd Amirrul disahkan meninggal dunia di Hospital Parit Buntar lebih kurang jam 12.17 tengah malam semalam akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Sementara Mohd Yaakob pula kini stabil dan ditempatkan di wad biasa,” katanya.

Mat Fauzi berkata, berdasarkan siasatan dan maklumat awam, pihaknya tidak menolak kemungkinan punca kemalangan disebabkan salah seorang mangsa menunggang motosikal secara melulu.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan salah seorang mangsa tidak memakai topi keledar berdasarkan jenis kecederaan dialami.

“Kes disiasat di bawah Akta 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/tiga-motosikal-bertembung-1.98569



No comments:

Post a Comment