Friday, August 17, 2012
Rentung dalam pertembungan
BALING- Seorang lelaki India rentung di bahagian tempat depan penumpang setelah kereta yang dinaikinya terbakar setelah merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di Jalan Lata Bayu Asam Jawa, Mukim Pulai kira-kira jam 2 petang, kelmarin.
Mangsa, P Vikneswara, 23, dari Ladang S.I.M.G Sungai Toh, Bedong gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran kereta itu setelah kakinya tersepit.
Manakala, pemandu dan seorang lagi penumpang kereta terbabit sempat keluar dari kenderaan tersebut dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kenderaan mangsa dikatakan terhoyang-hayang sebelum merempuh sebuah kereta di hadapannya.
“Keadaan itu mengakibatkan kenderaan mangsa berpusing dan seterusnya merempuh pembahagi jalan di kawasan tersebut sebelum terbakar,” katanya kepada Sinar Harian.
Api kenderaan yang terlalu marak menggagalkan penduduk setempat untuk membantu mengeluarkan mangsa selain risau berlakunya sebarang letupan.
Sehubungan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling dikerahkan di tempat kejadian.
Mereka mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memadam kebakaran selain mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/kereta-rempuh-kereta-seorang-rentung-1.77617
No comments:
Post a Comment