Monday, June 18, 2012
Kaki putus digilis kereta
ALOR GAJAH - Mengerikan apabila seorang lelaki hanya mampu meraung melihat kaki kanannya putus digilis kereta dalam kemalangan di Jalan Lesung Batu - Machap Umboo, di sini, lewat petang kelmarin.
Dalam kejadian kirakira 7.30 petang itu, mangsa, P.Ravindran, 51, menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari Machap Umboo menuju ke pekan Alor Gajah, di sini.
Bagaimanapun, motosikal ditungganginya dikatakan tidak dipasang lampu sebelum hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona.
Difahamkan, pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk satu kes kemalangan, bertindak menghulurkan bantuan kecemasan.
Seorang anggota JPAM, Mohd Jumat Rahim berkata, pertembungan kuat itu menyebabkan mangsa terjatuh atas jalan raya, manakala kaki kanannya yang digilis kereta tercampak kira-kira 10 meter dari badan mangsa. "Motosikal angsa juga tercampak ke dalam semak sebelah kiri jalan.
"Bagaimanapun, orang awam yang berada di situ tidak berani untuk mendekati mangsa yang meraung kesakitan berikutan darah keluar dengan banyak," katanya.
Menurutnya, anggota paramedik Hospital Alor Gajah kemudian tiba beberapa minit sebelum itu untuk menghantar mangsa ke hospital. Sementara itu, pemandu Proton Persona berkenaan. Mohd Kadir Mohd Lazim, 52, berkata, ketika kejadian, dia bersama isterinya, Rohana AbdKarim, 50, dan seorang anak kurang upaya, Mohd Hafizi, 22, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Nyalas.
"Semasa melalui jalan itu, saya nampak kelibat sesuatu memasuki laluan saya.
Saya sangka ada haiwan melintas, namun ia semakin dekat dan terus merempuh bahagian hadapan sebelah kanan kereta saya menyebabkan saya terpaksa menekan brek mengejut," katanya.
Menurutnya, dia terkejut apabila keluar kereta dan mendapati seorang lelaki terbaring atas jalan dengan kaki putus. Akibat rempuhan itu, katanya, keretanya remuk dan tayar hadapan sebelah kirinya pecah, selain terdapat sisa daging kaki mangsa yang terlekat pada hadapan eretanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/motosikal-dinaiki-mangsa-rempuh-kereta-dari-hadapan-1.57599
hmetro.com.my/articles/Merintihhilangkaki/Article
No comments:
Post a Comment