Friday, August 19, 2011

Rentung! Hanya Plat Kereta Menjadi Bukti Jasad


Al-Fatihah

KANGAR - Seorang penuntut perubatan tahun akhir di Allianze University College of Medical Science (ACMS) kampus Kangar di sini, terbunuh selepas kereta Perodua Myvi yang dinaikinya dirempuh dari belakang di Kilometer 7.2 Jalan Kangar-Alor Setar dekat sini, malam kelmarin.

Akibat rempuhan tepat pada bahagian tangki minyak oleh pemandu lain, Lim Tai Eng, 58, yang memandu Toyota Corolla SEG dari belakang kira-kira jam 7.50 malam itu menyebabkan kenderaan mangsa terbakar dan mangsa meninggal dunia.

Mangsa Mohamad Danial Zulkifli, 24, yang dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kangar selepas dirempuh gagal keluar akibat kakinya tersepit dalam kenderaan yang sedang terbakar.

Malah, api yang marak itu membakar hampir 100 peratus tubuhnya sehingga gagal dikenal pasti.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Suprintendan Rosli Yahaya berkata, Mohamad Danial terbunuh selepas kemalangan itu manakala Lim Tai Eng terselamat dan hanya patah bahu selepas berjaya meloloskan diri dari kereta Toyota Corolla yang dipandunya.

Menurutnya, disebabkan keadaan mayat yang rentung, identiti Mohamad Danial hanya dapat dikenal pasti melalui lampu suluh pen milik mangsa yang digunakan ketika pembelajaran.

Malah, bapa mangsa yang juga Timbalan Ketua Pengarah di salah sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya turut membuat pengesahan bahawa mangsa adalah Mohamad Danial melalui nombor pendaftaran kenderaan Myvi berkenaan.

Katanya, pengecaman mayat Mohamad Danial dibuat bapa saudara mangsa di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah, di sini.

Lim Tai Eng kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan kes itu disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Ada eksiden dekat masjid (di Perlis)...hati-hati ketika memandu,”

itu antara mesej terakhir mangsa kemalangan, Muhammad Danial Zulkifli, 24, yang dipaparkan dalam akaun Facebook miliknya minggu lalu.

Muhammad Danial yang mengemaskini status akaun facebook miliknya menasihati rakan dalam senarai akaunnya supaya berhati-hati ketika menggunakan jalan raya memandangkan banyak berlaku kemalangan terutama pada musim perayaan. Pelajar tahun akhir jurusan perubatan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) itu bagaimana pun meninggal dunia kira-kira jam 7.50 malam kelmarin apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer 7.2 Jalan Alor Setar-Kangar.

Ibunya, Rosnah Othman, 54, berkata kali terakhir dia berjumpa anak kedua daripada tiga beradik itu adalah ketika mangsa pulang ke rumahnya di Presint 9, Putrajaya kira-kira dua minggu lalu untuk menyambut kedatangan Ramadan. “Pada waktu itu, dia pulang ke rumah dihantar seorang rakannya. Saya juga sempat meminta bantuannya memandu kereta untuk membawa saya menyelesaikan urusan.

“Dia seorang anak yang baik, pendiam dan mendengar kata orang tua. Tidak banyak perubahan dalam diri Allahyarham sepanjang dia pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengiringi jenayah anaknya yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.


Rosnah berkata, kali terakhir dia menghubungi anaknya dua hari sebelum kejadian kemalangan itu berlaku. “Saya tanya pada dia sudah makan atau tidak. Dia jawab mahu keluar sebentar bersama rakannya membeli makanan. “Saya hubungi dia kira-kira jam 8.30 malam iaitu sebelum keluar ke surau menunaikan solat Tarawih, tetapi pada hari kemalangan berlaku, Muhammad Danial keluar seorang diri tanpa membawa rakannya,” katanya. Katanya, dia sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham dan menganggapnya sebagai suratan takdir. Sementara itu, bapa mangsa yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pendaftaran Negara, Zulkifli Rahmat, 54, berkata beliau mendapat tahu mengenai kematian Muhammad Danial selepas dimaklumkan polis kelmarin.

Zulkifli berkata difahamkan kejadian berlaku ketika Muhammad Danial dalam perjalanan pulang dari Alor Setar menghala ke Kangar, apabila kereta Myvi dipandunya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan lain. “Kawan dia beritahu Muhammad Danial nak cari makan buka puasa di Alor Setar dan tak mahu buka puasa di rumah.

“Dalam perjalanan, Allahyarham ubah fikiran dan mahu berpatah balik ke Kangar sebelum dilanggar sebuah kereta lain dari arah belakang ketika mahu membuat pusingan U,” katanya, sambil memaklumkan anaknya itu bakal menamatkan pengajiannya pada akhir tahun ini.



Zulkifli berkata, sebelum meninggalkan pusara Allahyarham, dia sempat berpesan supaya Muhammad Danial tinggal di alam sana dengan tenang dan mereka sekeluarga sentiasa mendoakan rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman... Amin

Sumber : metro
              kosmo
              utusan


3 comments:

  1. Al-Fatihah...arwah merupakan teman kenalan saya..moga roh arwah danial sentiasa dicucuri rahmat..amin..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Al-Fatihah. Saya merupakan sepupu arwah. Tolong remove gambar yang pertama tu kerana saya rasa tak appropriate. Perbuatan menyiarkan gambar dalam keadaan arwah yang sebegitu adalah sangat tidak beretika dan tidak bertanggungjawab. Bayangkan kalau perkara ini terjadi kepada saudara sedarah daging tuan punya blog atau keluarga rapat. Tolong hormat perasaan keluarga arwah. Tolonglah.

    ReplyDelete
  3. salam,

    saya merupakan sepupu kepada arwah. saya ingin memohon pemilik blog ini untuk removekan gambar yang pertama bg menghormati arwah. ucapan terima kasih didahulukan.

    ReplyDelete