Sunday, April 10, 2011

Lori Beras Terbalik


SEBERANG PERAI - Lalu lintas di Kilometer 150, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Bukit Tambun di sini semalam sesak lebih 10 kilometer apabila sebuah treler membawa muatan 18 tan beras terbabas lalu terbalik di laluan itu.

Kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu menyebabkan kesesakan luar biasa hampir lima jam setelah petugas lebuh raya berkenaan menutup sementara laluan tersebut.

Kesesakan menjadi bertambah buruk gara-gara tindakan segelintir pengguna lebuh raya itu yang memberhentikan kenderaan dan mengutip ratusan guni beras yang bertaburan di jalan raya.

Kekecohan turut berlaku ekoran tindakan segelintir pemandu yang tidak sabar lalu membuat pusingan U di tengah-tengah kesesakan di Plaza Tol Juru yang terletak kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

Jurucakap PLUS Expressway Berhad memberitahu, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta menukar haluan dari kanan ke kiri lebuh raya secara tiba-tiba menyebabkan treler berkenaan yang berada di laluan sama hilang kawalan lalu terbalik.

"Sebuah kren dibawa ke tempat kejadian mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengangkat dan mengalihkan treler berkenaan yang terbalik di tengah-tengah lebuh raya," katanya itu ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Sumber: Kosmo



NIBONG TEBAL 10 April - Aliran trafik di Kilometer 150, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Bukit Tambun di sini mengalami kesesakan lebih 10 kilometer apabila sebuah treler membawa muatan 18 tan beras terbabas lalu terbalik di laluan itu, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu memaksa pengendali lebuh raya berkenaan menutup sementara laluan tersebut sehingga mengakibatkan kesesakan luar biasa hampir lima jam.

Kesesakan menjadi lebih buruk gara-gara tindakan orang ramai yang singgah dan mengutip ratusan guni beras yang bertaburan di jalan raya.

Difahamkan, kekecohan turut berlaku ekoran tindakan segelintir pengguna jalan raya yang tidak sabar lalu membuat pusingan U di tengah-tengah kesesakan di Plaza Tol Juru yang terletak kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

Jurucakap PLUS Expressway Bhd. memberitahu, kemalangan dipercayai berlaku ekoran tindakan sebuah kereta yang mengubah laluan dari kanan ke kiri lebuh raya sehingga menyebabkan treler berkenaan yang berada di laluan sama, hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik.

"Sebuah kren dibawa ke tempat kejadian mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengangkat treler itu yang terbalik di tengah-tengah lebuh raya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Pemandu serta kelindan treler tersebut yang cedera ringan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap, dekat sini.

Menurut jurucakap itu, pihaknya terpaksa membuka laluan alternatif menggunakan salah satu laluan bersebelahan lebuh raya itu bagi mengatasi kesesakan lalu lintas.

Sehingga pukul 9 malam ini, kira-kira 10 kilometer dari persimpangan Seberang Jaya menuju ke Bukit Tambun masih sesak ekoran kerja-kerja memunggah beras oleh pekerja syarikat berkenaan.

Sumber:Utusan

No comments:

Post a Comment