loading...

Wednesday, April 13, 2011

Jurulatih Silat Cekak, Maut Digilis Treler

Al-Fatihah...




Berita dari http://www.silatcekak.org.my


13 April 2011, Rawang - Zulhisham Bin Abdul Latif, Ketua Pusat Latihan Kuang telah meninggal dunia akibat kemalangan maut. Motorsikal yang beliau tunggang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 439.3 berdekatan Hentian Rawang jam 8.00 pagi semasa dalam perjalanan dari Bukit Beruntung.

Jenazah kini sedang dalam proses bedah siasat di Hospital Sg. Buloh dan dijangka di kebumikan selepas Solat Asar.  Kepada ahli-ahli PSSCM diminta berkumpul di rumah allahyarham di Batu 17, Kuang jam 3.00 petang. Maklumat lanjut sila hubungi YDP PSSCM Selangor, Sdr Zainol di talian 012-3268391.

Presiden & Guru Utama, kepimpinan Pusat & Cawangan serta ahli-ahli PSSCM seluruh Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham dan berdoa semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solih.


Sumber dari akhbar

RAWANG: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya digilis sebuah lori kontena di Kilometer 439.4, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah Kuala Lumpur, dekat sini semalam.



Mangsa, Zulhisham Abdul Latip, 43, adik jurukamera Astro Awani, Shamsul Kamal Abd Latip yang pernah menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza sebelum ditawan tentera Israel dalam kapal Marvi Marvara.


Kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 pagi apabila mangsa yang menunggang motosikal bersendirian tiba-tiba hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian sebelum terjatuh dan digilis lori kontena 23 tan muatan batu kapur yang mengekorinya.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian apabila parah di kepala.



Saksi, Ghazali Maulud, 34, berkata sebaik mangsa terjatuh, pemandu lori kontena yang mengekori mangsa cuba mengelak dengan memasuki laluan tengah lebuh raya, tetapi gagal .


“Akibatnya mangsa yang terbaring di tengah lebuh raya digilis di kepala sebelum turut melanggar motosikal mangsa,” katanya.



Beliau berkata, pada masa sama, sebuah skuter ditunggang seorang lelaki nyaris terbabit kemalangan itu, namun sempat mengelak dengan terjun dari skuternya.

 Untuk gambar dan maklumat lanjut layari http://ondscene.my/kemalangan/penunggang-maut-kepala-digilis-lori-kontena


Saya juga sebagai ahli PSSCM dari Pulau Pinang, mengucapkan salam takziah kepada keluarga allahyarham dan berdoa semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman... Amin, Al-Fatihah





.

2 comments:

  1. Innalillah..da lama carik sape orgny.mlm tu sy pun kt bkit bruntung. Semoga rohnya d tempatkan dalam kalangan mukminin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my