loading...

Sunday, February 20, 2011

Patuhilah Had Laju Jalan Raya

20 Feb 2010 : Lalu lintas di hadapan SMK Agama Sibu sesak selama lebih kurang 2 jam diakibatkan oleh kemalangan yang berlaku di hadapan sekolah. Kereta produa kenari berwarna hitam yang dipandu melebihi had laju yang cuba memotong kenderaan di hadapan telah gagal dikawal apabila hampir bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan menyebabkan pemandu hilang kawalan dan seterusnya merempuh laluan di hadapan sekolah dan terus menjunam ke dalam parit utama.

Keadaan basah selepas hujan menyebabkan jalan licin. Kenderaan tersebut telah terseret lebih kurang 5 meter sebelum menjunam ke dalam parit kerana cuba mengelak daripada bertembung dengan kenderaan dari hadapan. Bunyi bising kenderaan yang gagal dikawal tersebut telah menyebabkan orang ramai yang melalui kawasan sekolah terkejut dan panik. Mujurlah pemandu kenderaan tersebut hanya cedera ringan sahaja. Kejadian ini berlaku lebih kurang pada jam 12 tengahari.


Had laju yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan sekolah ialah 50 km/j. Pemandu-pemandu perlulah mematuhi had laju ini untuk menjamin keselamatan murid-murid sekolah. Potong-memotong ketika melalui kawasan sekolah juga tidak digalakkan kerana mungkin membahayakan keselamatan murid-murid sekolah. Pihak sekolah berasa lega kerana tiada murid-murid berada di lokasi kemalangan pada masa tersebut. Semua murid-murid bercuti kerana cuti ganti tahun baru Cina.




Kerja-kerja untuk mengalihkan kenderaan yang terbabit mengambil masa lebih kurang 1 jam. Lori besar yang digunakan untuk mengangkut kereta produa kenari tersebut telah menghalang lalu lintas di hadapan sekolah dan menyebabkan jalan sesak seketika. Syukurlah semuanya selamat.

1 comment:

  1. Kemalangan jalanraya ni memang mudah nak berlaku...banyak faktor yang menyebabkannya contoh sikap pemandu..keadaan kenderaan yang dipandunya..keadaan jalanraya itu sendiri dll. Tapi satu perkara yang rata2 para pemandu kenderaan yang taktau guna.."Hazard Lamp"..pantang hujan lebat je terus pasang lampu tu..sapa yang ajar ntah...boleh mengganggu pengguna jalanraya yang lain..."Hazard Lamp" ni digunakan ketika berenti dibahu jalan kerana kecemasan je...bodoh..!!! aku jadi suspen dia ni nak belok kiri ke kanan...pastu dok tukar laluan sesuka hati...bangang..!!! Pastu kalau orang langgar belakang jer cakap orang yang langgar tu bawa kereta laju laa..buta laa...bodoh ..bangang..tak reti2 nak tanya diri sendiri aku ni bawa kereta ikut undang2 ke?!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my